Saturday, July 31, 2010

que sera sera...


que sera sera..whatever will be will be, the future not our's to see, que sera sera, what will be will be....

haha. ape maksud die ye?? aku pon da lupe sebenarnya. tapi maksudnya lebih kurang macam ni la, "apa pun yang akan berlaku akan di lalui juga". ye ke?? tapi lebih kurang macam ni lah maksudnya. que sera sera maksudnya whatever will be. actually ni lagu english lama tajuknya que sera sera yang di tulis oleh Jay Livingston dan Ray Evans. aku tau lagu ni melalui novel kesayangan aku "BAYANGAN RINDU". ni novel yang paling aku sayang dan aku jaga rapi. baca banyak kali pon tak bosan. tapi setakat ni aku baru baca dua kali. ni antara novel yang aku kenang sampai bila-bila, sebab? hero novel ni chinese. tapi da masuk islam. masa aku baca novel ni, aku tengah ber-couple dengan chinese boy. hehe~~ so sampai bila-bila lah aku akan terkenang kan MR C ni.

lagu que sera sera ni tenang je, kalau korang tak percaya korang dengarlah kat youtube. kepada peminat novel, kalau belum baca novel BAYANGAN RINDU ni, cepat-cepat lah pergi kedai buku carik novel ni. keluaran alaf 21. novel ni kalau korang baca memang tak bosan. kelakar ada, sedih ada. aku tak nak cerita pasal jalan cerita novel tu kat korang, nanti tak suprise lah. hihik.

ok lah. semoga berjaya. dengar lagu ni and baca novel bayangan rindu ni tau. tak rugi punyooo..!!

Thursday, July 29, 2010

my first time...

first time?! bukan first time apa ye. ini first time tentang aku bekerja. aku sekarang tengah praktikal kat sebuah syarikat pelancongan di bangi. syarikat ni syarikat kecik je. mula-mula aku nak masuk lapor diri kat company ni memang bedebar. maklum lah, aku langsung takde pengalaman bekerja sebelum ni. sampai je depan pintu masuk office, aku dengan kawan aku rase seram sejuk je. padahal bukan apa pun. office mula pukul 9 pagi, kitowang sampai office pukul 8 pagi. maklum lah, ikut peraturan dalam surat lapor diri. kitowang pun di jemput masuk oleh pekerja kat situ. lama gila kitowang tunggu bos tu sampai. pukul 10 baru bos tu masuk. naik kematu bontot aku menunggu. memang sakit pinggang duduk kaku lama-lama. aku rasa macam aku ni skema sangat masa tu.

bos aku ni suami isteri. bos pun jemput la kitowang masuk dalam bilik dia untuk briefing sikit tentang syarikat ni. lepas dia dah briefing kitowang di bagikan tempat kat bahagian masing-masing. meja aku betul-betul depan pintu bilik bos aku ni. bila bos ada, aku jadi seorang yang hipokrit gila. khusyuk buat kerja. bila bos takde, aku pun buat hal aku sendiri. baca metro online kat internet, bukak blog aku. tapi tak bestnye tak boleh bukak facebook. laman sosial kena block. hampeh.. masa aku tengah tulis blog ni aku kat office lah ni, bos dah balik. ngulor ler apa lagi. hahak. jangan lah ikut macam aku ni, tak baik..

ni je kot yang aku nak kongsi cerita. batak sikit baru pertama kali bekerja dengan orang. hihik.

apa kata kamu tentang BLIND DATE?


you all mesti pernah blind date kan? kalau you all tanye aku, aku banyak kali blind date. hahaha. sebenarnya bahaya blind date ini. mana lah tau orang tu tak jujur dengan kita ke. tak pasal-pasal nanti kita diperdayakan. selalu yang terjadi pada kaum hawa. tapi sepanjang aku pertama kali jumpa dengan orang yang aku baru kenal, aku tak pernah lagi terkena apa-apa. alhamdulillah..

tapi you all jangan tiru aku pulak. bahaya tau. aku ni ikut kata hati. so sebab tu aku tak pernah kena lagi. orang kata ikut hati, mati. tapi takat ni aku hidup lagi. haha. kalau hati aku kata TIDAK, aku takkan dapat jumpa orang tu sebab aku tau yang dia berniat tak baik. pada semua remaja-remaja perempuan di luar sana, hati-hati di dunia ni ok. jangan percaya 100% pada lelaki yang kita baru kenal walaupun sayang. blind date ni best ke? bagi aku ada best ada tak best nye. jumpe lelaki yang kita baru kenal walaupun hanya kawan. kalau lelaki tu single best la jugak sebab takkan ada yang mengganggu. kalau jumpa dengan lelaki yang sudah berpunya, handphone die mesti sentiasa berbunyi. teringat masa aku baru jumpe dengan kawan lelaki aku yang aku baru kenal. cukup lah aku gelarkan dia sebagai MR I. sebenarnya aku dah pernah nampak MR I ni masa dia nak masuk kerja. time tu aku baru balik dari kelas. aku dengan kawan aku ni pun singgah lah beli pisang goreng jap kat depan taman perumahan aku tu. aku ternampak name tag yang dia pakai. sampai je kat rumah, aku terus carik nama dia kat facebook. aku jumpa!! apa lagi, aku add dia lah. then kitorang pun berkawan. tukar-tukar nombor handphone. tak lama berkawan kitowang berjumpa. 'dating' kat mcD. haa mase tu la awek dia asyik telefon je. memang mengganggu aku nak berborak dengan dia. kitowang jarang bercakap. so..kalau you all nak blind date, cari lah boy yang single supaya tak mengganggu 'meeting' korang tu. then malam ni... aku ada blind date lagi..!! betul-betul menempah maut aku ni. harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. amin...

Wednesday, July 28, 2010

jadi single best ke tak best?



korang semua mesti pernah bercinta and pernah jadi single kan? bagi pendapat korang single ni best ke tak? bagi pendapat aku ada best nye. yang best nye :

1) jimat duit.

kalau ada couple, confirm asyik keluar dating. duit pon keluar macam air mengalir.

2) banyak masa.

kalau ada couple, confirm sebuk dating punya. bila takde couple, balik dari kelas or tempat kerja, boleh rehat puas-puas, betul tak?

3) kepala tak pening and serabut.

kalau tak bergaduh tak sah. bukan perhubungan namanya. sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pulak pasangan bercinta. bila dah bergaduh, mula lah kepala pening, serabut. bila kita takde couple..hidup sentiasa tenang. peace...........

TAPI.... KALAU TAKDE COUPLE PON BOSAN JUGAK. :(

cerita cik cumy hazel


yeaaaa!!! akhirnya aku dah ada blog aku sendiri... hehehe. cayok cumy..!! ooppss.. tlebih-lebih pulak. siapa cik cumy hazel ni ea??? okay lah, aku cerita serba sedikit tentang diri aku. nama betul aku terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab tertentu. aku di lahirkan pada 26/01/1991 di rumah aku. mak aku tak sempat nak pergi hospital sebab aku dah tak sabar sangat nak tengok dunia ni. hahaha. aku berasal dari bestari jaya (sebelah kampus unisel la). aku anak bongsu dari 6 beradik. ada 4 lelaki and 2 perempuan. tak best sangat coz tak banyak adik-beradik perempuan. aku sekarang ni masih single mingle, tak terpikir lagi nak ber-couple-couple ni. study and career is first. aku sederhana je orangnya. hobi aku, aku suka sangat baca novel, so kalau korang pon peminat novel, kongsi-kongsi lah dengan aku novel-novel yang best. sekarang ni aku study kat kolej komuniti kuala langat banting dalam jurusan sijil pelancongan dan pengembaraan. ada keinginan nak sambung diploma kat UiTM. harap-harap dapat lah. masa aku baru buat blog ni, aku tengah praktikal kat travel agency di bangi. rajin-rajin lah usha blog aku ni sebab banyak benda yang aku nak kongsi cerita dengan u all. lastly.. thanks coz sudi baca posting aku yang pertama ni.