Thursday, July 29, 2010

my first time...

first time?! bukan first time apa ye. ini first time tentang aku bekerja. aku sekarang tengah praktikal kat sebuah syarikat pelancongan di bangi. syarikat ni syarikat kecik je. mula-mula aku nak masuk lapor diri kat company ni memang bedebar. maklum lah, aku langsung takde pengalaman bekerja sebelum ni. sampai je depan pintu masuk office, aku dengan kawan aku rase seram sejuk je. padahal bukan apa pun. office mula pukul 9 pagi, kitowang sampai office pukul 8 pagi. maklum lah, ikut peraturan dalam surat lapor diri. kitowang pun di jemput masuk oleh pekerja kat situ. lama gila kitowang tunggu bos tu sampai. pukul 10 baru bos tu masuk. naik kematu bontot aku menunggu. memang sakit pinggang duduk kaku lama-lama. aku rasa macam aku ni skema sangat masa tu.

bos aku ni suami isteri. bos pun jemput la kitowang masuk dalam bilik dia untuk briefing sikit tentang syarikat ni. lepas dia dah briefing kitowang di bagikan tempat kat bahagian masing-masing. meja aku betul-betul depan pintu bilik bos aku ni. bila bos ada, aku jadi seorang yang hipokrit gila. khusyuk buat kerja. bila bos takde, aku pun buat hal aku sendiri. baca metro online kat internet, bukak blog aku. tapi tak bestnye tak boleh bukak facebook. laman sosial kena block. hampeh.. masa aku tengah tulis blog ni aku kat office lah ni, bos dah balik. ngulor ler apa lagi. hahak. jangan lah ikut macam aku ni, tak baik..

ni je kot yang aku nak kongsi cerita. batak sikit baru pertama kali bekerja dengan orang. hihik.

0 ulasan: