Monday, August 2, 2010

shopping, shopping, dan ...???

hye hye hye..!! pagi isnin yang sgt mengembirakan aku sebab semalam pegi shopping kat shah alam.. apa yang aku nak beli semuanya dapat. nasib baik tak lari budget. banyak lagi lebih ni. haha~~

biasa lah kan, namanya pun orang perempuan, shopping memang hobi kegemaran lagi-lagi bila ada duit. aku pun bukannya selalu sangat shopping ni. setahun dua atau tiga kali je. aku beli pun benda yang penting-penting, benda yang aku gunakan. ehmm nak cerita sikit lah ni kan masa aku tengah tunggu kawan aku beli donut kat big apple kat SACC Mall, ada seorang budak datang kat aku. masa tu aku tengah telefon kawan aku. tapi dah budak tu datang kat aku dan tak nak pergi dari situ walaupun nampak aku tengah call orang, aku pun cakap kat kawan aku nanti aku call balik. then aku tanya lah budak lelaki tu dari mana, nak apa.. pastu dia cakap dia dari rumah anak yatim kat kedah dan nak minta derma sikit. so, aku yang ada duit lebih ni tak ada lah ragu-ragu sangat nak bagi dia derma kan. tapi masa dia bercakap dengan aku dia langsung tak nak pandang mata aku. ke sebab mata aku ni menakutkan sebab pakai eye liner. haha~~ kalau betul budak tu tak menipu, aku gak dapat pahala, tapi kalau budak tu menipu, dia yang dapat dosa. tapi lepas aku bagi derma tu aku lupa pula nak bagi dia duit belanja untuk diri dia. hmm kesian aku tenguk budak tu.

tapi aku berharap sangat yang budak tu jujur dengan aku.

berbalik pada shopping tadi, semalam aku puas bedal 3 perfume kat plaza alam sentral. 2 perfume yang sama, ralph lauren,ralph. 1 lagi tu perfume baru, apa entah namanya, aku lupa pulak. bau nya memang sedap. segar. rugi lak tak ambil perfume baru tu dua. hehehehe. beli lipstik aloe vera yang ikut warna darah kita. beli baju yang aku dah tunggu-tunggu nak beli dari tahun lepas, uisy!! macam-macam lagi lah.

kepada kaum perempuan..sekarang ada sale kat One Utama, so..apa lagi..!! shopping..!! (tengah menunngu hari nak pergi O.U)

0 ulasan: