Friday, December 31, 2010

SELAMAT DATANG 2011....!!

sedar tak sedar TAHUN 2011 bakal tiba lagi beberapa minit je lg (aku update ni pkul 11.45 pm) . orang lain tengah hepi2 sambut new year kat luar tuh. esok kite tenguk je lah berita ape yang keluar kat tv tuh. aku tak rase ape2 pon nak masuk tahun baru ni. cume yang aku rasekan, umur aku makin meningkat. lepas ni no more number one kat depan umur aku. next year, dah 20 tahun... puloh!!! oh noooo...!! huhuk. btw... its ok.. hihik. ape2 pon

SELAMAT TAHUN BARU.....!! SELAMAT TINGGAL 2010....!!! SELAMAT DATANG 2011....!!!
;D

Thursday, December 30, 2010

SAFEE SALI...????

SAFEE SAFEE SAFEE....

kat facebook sebut2 name safee sali, kat blog pon sebut name die, aku yang takde pape dgn safee ni plak tetibe rase jeles. huwaaarrrggghhh knape dgn aku ni. angau sangat ngan safee sali. ehmmm abg KFCM kite, a.k.a khairul fahmi dah terbukti meluas yang die dah berpunya, yang bermain dalam fikiran aku skang ni, SAFEE SALI DAH ADA KEKASIH / TUNANG / KAHWIN KE BELOM???

ade sape2 yang boleh buktikan kat aku SAFEE SALI dah berkahwin / bertunang / ade kekasih..???? aku nak bukti??!!!

Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH MALAYSIA....!!! LUV MALAYSIA..!!


perggghhhh!! sepanjang 2 jam aku tengok perlawanan Malaysia dengan Indonesia td berdegup kencang je jantung aku nih. mengharapkan SAFEE SALI menjaringkan gol. akhirnya semua dah terjawab, Malaysia menang dengan 4 - 2 mengalahkan Indonesia..!!! Yeaaaaaaa!!!! TAHNIAH MALAYSIA.....!!!!

macam2 aku post kat wall fb aku, hahahha. dan2 plak aku syok kat SAFEE SALI, terus add fb die, entah die approve entahkan tidak, yang penting SAFIQ RAHIM dah approve aku. mane boleh tak approve, umah die dekat je dgn umah aku, kang aku carik die kat umah tuh soh die approve fb aku lau die tak approve. huuhuhuhuhu, Safiq Rahim senior aku kat sekolah rendah. aduuuuhhh!!! aku tergile2 kat SAFEE SALI nihh..... he's so sweettt.......!!! hihik

okay lah, aku bagitahu sape yang jaringkan gol ok,

SAFEE SALI - 3 GOL .... 2 DI INDONESIA 1 DI MALAYSIA
ASHARI - 1 GOL DI MALAYSIA
KHAIRUL FAHMI AKU TABIK KAT DIE SELAKU PENJAGA GOL TERBAIK AND CEKAP!!

TAHNIAH SEMUANYA...!!! TAHNIAH SAFIQ RAHIM!! TAHNIAH MALAYSIAAA...!!!

HOPE KECEMERLANGAN AKAN BERKEKALAN...... AMIN....~~~~


TAHUN BARU.... 2011

pejam celik pejam celik dah nak masuk 2011. azam tahun 2010 aku pun tak tercapai lagi. huhuhuhu. nak masuk tahun baru ni, orang semua keluar rumah sambut tahun baru, aku tak tau lagi lah kan keluar ke tak, tapi cam takde semangat je nak happy2. tahun depan tahun last aku kat kolej komuniti. kene study hard and more focus. sebabnye nak capai DUA perkara sahaja. perkara yang pertama untuk azam aku tahun 2011 ni,

NAK CAPAI POINTER 3.6 KE ATAS... (selama ni 3.57 je), LEBIH BAGUS 4.00 POINTER TERUS, NAK JADI THE BEST STUDENT TOURISM AND ADVENTURE...!!!

yang kedua plak...azam yang ni aku tak tau lah menjadi ke tak kali ni, dah 3 tahun dah aku pegang azam nih, tapi tak jugak menjadi2. ahak, nak tau ke??? emm azam yang ni ialah....

NAK KURUS...!!! errrkkkk (malunyeeee)

hehehehehehe azam korang ape plak????

Tuesday, December 28, 2010

Nekad beri anak dalam kandungan kat orang lain...????

sejak dah abes praktikal ni dah lame tak bacer surat khabar. selalu baca surat khabar time kat opis. tadi baca metro, part tajuk "nekad beri anak dalam kandungan", sedih sangat dengan keluarga tu. parent muda lagi, tapi di sebabkan perniagaan, keluarga jadi macam tu. isterinya tengah pregnent lagi, tapi di sebabkan keluarga dah jadi macam tu, dorang sanggup bagi anak pada orang lain. time ni aku terpikir, walaupun hidup die di bebani hutang, tapi tak boleh ke dia carik kerja yang lagi ok berbanding hanya jadi pengawal keselamatan yang gaji hanya RM780. dengan umur yang masih muda, ada je kerja yang lebih daripada tu yang dia boleh buat. kerja kilang sekarang ni pon ade yang cecah seribu, macam abg aku. aku pon tak tau nak cakap ape lagi, u all baca lah akhbar ni, klik saja link ni

Monday, December 20, 2010

DECO BERSAMA RAZAK...!!


hahahaha. yang ade deco bersama eric je, belom penah lagi ade deco bersama razak. hahak. petang tadi tibe2 aku dapat mesej dari kakak ipar aku ,

kakak ipar : ucu, Ajak ade bagitahu tak ape name anak perempuan die tuh?

aku : takde pon, kenape?

kakak ipar : die baru je pergi JPN nak daftar name anak, tape die tak bagitahu kak ti ape name anak die tuh, die cakap.. "supriseee deco bersama Ajak". (hahaha hampeh punye abg). ucu mesej la die tanye ape name anak perempuan die ni.

aku : taknak lah, mestilah nanti die nak bagitahu wife die dulu, huhuhuhu

5 minit kemudian...

aku : pe name baby??

kakak ipar : MIA ADRIANA ABDUL RAZAK

akhirnyeeeeeee.........!! ni lah name yang telah melekat selama-lamanya untuk anak buah aku yang baru lahir tu. cadangnya nak letak NUR SYIFA _ _ _ _ _ _ , tapi akhirnye MIA ADRIANA jadi pilihan. langsung takde NUR SYIFA, hahaha.


TOURISM AND ADVENTURE..???

hamba Allah : u study lagi ea? ambil course ape?

aku : yup, tourism.

hamba Allah : tourism management?

aku : nop. tourism and adventure

hamba Allah : macam mane tu? tak pernah dengar pon.

ni lah masalah aku bile ade orang tanye aku amek course ape, aku mesti cakap 'tourism' je. aku takkan cakap 'tourism and adventure' , sebabnye tak ramai yang akan faham kenapa 'tourism and adventure'. tourism and adventure atau pelancongan dan pengembaraan ni kalau tak silap aku namanya hanya terdapat di Kolej Komuniti sahaja, akan tetapi tak semua Kolej Komuniti ade jurusan Pelancongan dan Pengembaraan. ade sesetengah Kolej Komuniti yang mempunyai jurusan 'Tour and Travel'.

berbalik pada 'tourism and adventure' atau 'pelancongan dan pengembaraan' itu tadi , modul pembelajarannya terbahagi kepada dua bahagian , satu bahagian pengurusan pelancongan contohnya kemahiran interpersonal , pengenalan pelancongan , operasi agensi pelancongan , pengendalian majlis , interpretasi , pemandu pelancong persiaran , tempahan dan tiketan , dan juga sistem tempahan berkomputer.

pengembaraan pula adalah satu jurusan yang agak mencabar dan memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal. dalam modul ni pelajar akan menjalani camping atau kursus untuk sesuatu modul. contoh modul yang mesti keluar untuk menjalani kursus ataupun camping adalah nature guide (pemandu pelancong alam semulajadi) , asas kejurulatihan rekreasi marin , dan asas kejurulatihan rekreasi darat. setiap kursus ini akan di beri sijil. seperti asas kejurulatihan rekreasi darat ade level setiap kursus yang di sertai. untuk permulaan adalah pra-level kemudian bermulalah level 1 sehingga level 4 , kalau tak silap aku lah. aku pon not sure sangat sebab aku tak minat adventure ni. korang mesti pernah pergi camping kan , orang yang korang panggil instructor tu lah yang ada level 1 hingga 4. untuk mempunyai level 1 hingga 4 ni bukanlah mudah. makin tinggi level yang kita ambil makin tinggi tahap kekuatan mental dan fizikal yang di perlukan. ianya tersangat2 lah mencabar. kalau korang punya camping biase2 je , instructor2 ni dulu mase nak amek kursus untuk level2 ni lagi teruk , lagi mencabar. bukannya mudah. kalau takde certificate untuk jadi instructor ni kerajaan memang tak benarkan untuk bawa orang masuk hutan , sungai , laut , gunung dan sebagainya. kalau ade yang di antara korang yang nak jadi instructor , boleh lah ambil kursus untuk level2 ni. dalam jurusan pengembaraan ni nanti akan dapat merasai jungle trekking , whitewater rafting , abseiling , rock climbing , wall climbing , berenang , berkayak , memancing , dan banyak lagi. memang penat. semua ni buat mase dalam semester dua. mase aku semester dua memang kulit aku hitam , comot sebab banyak buat aktiviti luar , tengah2 panas.

so skang korang dah paham kan perbezaan tourism and adventure atau pelancongan dan pengembaraan ni , sebenarnya banyak yang dikaitkan dengan pelancongan dalam dunia ni. kalau korang study atau kerja di luar daripada negeri , negara atau daerah korang pon di namakan pelancongan. pelancongan sambil belajar , atau pelancongan sambil kerja. korang pergi shopping complex pon di namakan pelancongan jugak , mesti korang pelik kan. tapi inilah hakikat yang sebenarnya . ;D

LELAKI BERUSIA VS PEREMPUAN MUDA DAN PEREMPUAN BERUSIA VS LELAKI MUDA?

ape ni cik cumy oooiii tetibe buat entry macam ni, ade pengalaman ke? hahaha. nak kate ade pengalaman tu memang lah ade, tingat plak mase aku keluar makan dengan kawan aku, memang umur die jauh lebih tua dari aku, beza 14 tahun, ambek kau. kitorang pergi makan kat area bangi (time tu aku stay kat bangi), semua orang kat kedai pandang kitorang lain macam, muke aku confirm dah merah padam. kalau aku nampak lelaki berumur dengan perempuan muda aku terus cop sugar daddy. harap2 dorang tak cop aku camtuh. hahaha. cume sekarang ni kite nak tahu sebab musabab kenapa, mengapa dan bagaimana? ha. dah macam perbincangan semanis kurma.

lelaki berusia VS perempuan muda :

ape yang lelaki berusia mahukan dari perempuan muda? errkkk mungkin bagi mereka perempuan muda ni 'fresh' , baru keluar dari ladang, hahaha. sengal aku nih. kemungkinan besar ni lah sebabnye, korang jangan gelak2 plak. pengalaman aku ni.

perempuan muda plak kenapa mahukan lelaki berusia ni? tak terpikir ke nanti nampak macam sugar daddy ke, bapak dengan anak ke, tak pun macam abang dengan adik. perempuan muda pilih lelaki berusia mungkin kerana lelaki berusia ni lebih matang dan lebih berfikiran terbuka. tapi kan ade jugak lelaki berusia yang berfikiran macam budak2. ermm2... macam mane ni?

perempuan berusia VS lelaki muda :

ape yang perempuan berusia mahukan dari lelaki muda? matang sangat ke lelaki muda ni? kenapa tak pilih yang sebaya atau yang lebih tua je, kan senang. tak terpikir ke nanti kene tanggung lelaki muda tu? ermm2. atau nak kan lelaki muda sebab lelaki muda ni lebih kacak, lebih bergaya atau lebih 'fresh'! ahakz!! sengal aku ni. korang jangan nak sengih2 plak ea, tak mustahil pon ape yang aku pikir ni.

lelaki muda plak kenapa pilih perempuan berusia? mungkin mereka mahukan perempuan yang matang dalam perhubungan, yang tak mengada2 macam perempuan muda ni (tapi aku penah dengar orang ckp perempuan berusia ni lebih manje). atau pilih perempuan berusia kerana harta. mane lah tau perempuan yang die pilih tu ade jawatan besar. tapi pada pendapat aku, tak semestinye lelaki muda yang pilih wanita berusia ni sebab harta semata2, mungkin ade sebab mereka tersendiri, ape sebabnye aku tak tahulah sebab aku bukan lelaki.

dan tak mustahil jika semua ini berlaku juga kerana cinta.. 'cinta itu buta'.

p/s: bincangkan and bagi pendapat sket tentang hal ni, mane lah tau korang tengah alaminya ke....

Sunday, December 19, 2010

SAPE YANG PERMAINKAN SAPE???

dalam dunia couple ni kalau kite tenguk sudah semestinye ade gaduh2.. lepas dah bergaduh mule lah kat facebook mengadu hati terluka , mulelah si perempuan meluahkan perasaan ' sampai hati mempermainkan perasaan setelah kau melontarkan janji palsu ', perghhh!!! ayat aku ke ayat sape sebenarnye ni? hahaha no komen. so!! sape yang permainkan sape sebenarnye ni? bile di soalkan persoalan ni , yang lelaki salahkan perempuan , yang perempuan pulak salahkan lelaki. hakikatnye bile di teliti balik , lelaki ke perempuan ke sama saje. aku selalu terpikir , manusia2 di luar sana mempunyai pasangan adakah kerana keperluan atau menunjuk2 atau untuk kesenangan. aku yakin , ketige2 ni mesti ade. ada yang couple untuk suke2 , tanpa ada komitmen. tapi berbaloi ke? bagi aku tak berbaloi. couple takde komitnen , buang masa , buang tenaga , buang duit , buang airmata. hahaha macam dah lari topik je ni.

persoalan yang bermain dalam fikiran aku sekarang ni , KENAPA HENDAK BER-COUPLE TAPI LEPAS BEBERAPE HARI COUPLE HUBUNGAN DAH KACAU BILAU? kalau taknak couple , kalau memang takde hati lagi dari awal , kenapa declare??? so lelaki2 and perempuan2 di luar sana ... fikir masak-masak sebelum memulakan perhubungan. dan lagi satu ingat pegangan aku yang satu ni , SELAGI TAK TAHU APA ITU CINTA , SELAGI TIADA RASE ANEH DI DALAM HATI SAAT BERTENTANGAN MATA DENGAN SESEORANG , USAHLAH BER - COUPLE. :)

Saturday, December 18, 2010

APA NAMA SEBENAR CIK CUMY???

ramai yang tanye aku pe name sebenar aku. bile ada orang tanye name sebenar aku , jawapan aku mesti sama .. 'jumpe dulu baru sy bagitahu nama sebenar sy'. tp ade je yang dah jumpe aku , aku terlupe nak bagitahu nama sebenar aku , orang tu pon tak tanye aku pun lupe la . hihihi. aku bukan tak bangga dengan nama yang parent aku bagi , lagi2 nama ni arwah bapak aku yang bagi , tapi bagi aku nama ni agak private , ada sebab tersendiri kenapa aku rahsiakan nama sebenar aku. ape sebabnye aku tak boleh lah nak bagitahu korang, hehek.

asal name CUMY ni pun dari jelly sumi tuh , nak jadi sedap .. s tukar jadi c ... so jadilah CUMY. dalam bahase indonesia , cumi adalah sotong. sebutan je sama , ejaan lain.

adalah sorang kawan aku ni nak tau sangat nama sebenar aku , sampaikan die reka nama aku , yang ade sebutan CUMY , korang nak tau tak ape name yang die reka tu??? haa tengok kat bawah ni ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

1) CUMYON BINTI HAZELI - melayu

2) KUZICUMYTO HAZELIKATO - jepun

3) CUMYANDY A/P HAZELINGAM - indian

4) SRI CUMYNANG HAZELINGSIH - tak pasti lak name dari negara mane, huhuhuhu

5) SERI CUMYLASARI HAZELINAWATI SEPTIAWAN - jawa

6) CUMYLAH DEWI SUHARTO - indonesia


hahahhaha. dalam banyak2 name yang die bagi ni, SERI CUMYLASARI HAZELINAWATI SEPTIAWAN yang memikat hati aku, hihik. lau akad nikah ni , mahu 36 kali lafaz , berpeluh2 pengantin nak akad, hahahaha.

nak tahu sape yang bagi name2 pelik ni kat aku , ha ni dia orang yang bertanggungjawab meletakkan nama pelik kat aku , kawan aku, hahak

KELAHIRAN BARU DALAM FAMILY CIK CUMY......!!!!

tanggal 18 december 2010 , jam 5.20 pagi lahirlah puteri bongsu Abdul Razak bin Tahir a.k.a abg aku yang ketige. hehehehehe. abg aku ni dah ade 2 hero , akak ipar aku ni teringin nak ade heroin , akhirnye ade rezeki gak akak ipar aku nak kan anak perempuan . lahirnye di Hospital Sungai Buloh. so kat sini aku upload kan pic puteri baru ni , hehehehe



tenangnye die tdo.. hihik


KENAPE BLOG CIK CUMY SENYAP..???

first skali aku nak say sorry sgt2 kat u all yang rajin bukak blog aku and yang setia bace entry aku. banyak sangat perkara yang aku nak kongsikan dengan u all walaupun aku tengah sebok dengan assignment aku, (maklum lah dah nak masuk kolej balik) .

aku lame menyepi sebenarnye bukan ape , bukan aku frust putus cinta ke ape bukan.... cume..... CHARGER LAPTOP AKU ROSAK..!! hahaha, ni pon aku baru je balik dari One Utama ambil charger baru aku nih. sampai umah trus on laptop , terus bukak fb aku , blog aku walaupun tengah kelaparan ni. hehehe. ok lah , so skang korang dah tau kenapa aku menyepi , petang siket nanti aku mulakan dengan entry2 aku .... nantikan.......!!! calo beteyh... mau pergi makan, adeh

Friday, December 10, 2010

PEMANDU BAS TERLAMPAU...

bile di ingat2 balik , aku mesti tergelak sorang2 . alaa bukan lawak ape pon , tapi aku tak sangka lah yang benda ni berlaku and first time berlaku depan mata aku walaupon aku tak nampak apa yang berlaku tapi aku tahu apa yang berlaku.

kejadian berlaku masa aku dengan Yaya balik dari office. kitorang ni takde transport sendiri , so bas mini dengan teksi lah yang jadi transport kitorang setiap hari pergi kerja and balik kerja (praktikal).

lepas dah naik teksi dari pusat bandar bangi , kitorang turun kat seksyen 1 untuk ambil bas mini plak. bermula lah kisahnya....... al-kisaaaaahhhhh.... taiiiiiibbbb... hahahaha.
sampai kat seksyen 1 , kitorang pon turun dari teksi ... then kitorang nak naik bas , kat situ banyak bas , tapi bas2 tu tunggu turn yang mane kena jalan dulu. so kitorang tanye kat sorang pemandu bas ni, nak naik bas yang mane . pastu die tunjuk bas yang kat belakang. dalam bas tu ade orang , ade pemandu bas tu lah. bile pakcik tu panggil pemandu bas (ade dua orang ) yang dalam bas tu die buat tak tahu je , pastu pakcik tu pergi kat bas tu and bagitahu yang ade orang nak naik . then dua orang pemandu bas tu pon keluar lah , mase sorang tu tengah selisih dengan aku , die tak pakai baju and die tengah lap mulot die , then bile aku dah naik bas plak yang lagi sorang ni terus pergi kat seat bas belakang sekali betolkan seluar die and pakai tali pinggang. SO KAT SINI KORANG DAPAT TANGKAP TAK APE YANG AKU NAK BAGITAHU SEBENARNYE NI???? hahahahahaha.... think think

APA ADA PADA PANGGILAN...???

panggilan ape ni?? haha, mesti ramai pembaca kat sini yang ade couple kan , so opkoz majoriti dari korang ade name panggilan manje2 kan , contohnya macam 'abg syg' , 'ayg baby' , 'ami abi' (yang ni jarang , aku je gune, hahak) , 'mama papa' , pe lg , banyak lagi kan , tapi korang pernah terpikir tak , ape ade pada panggilan semua tu? mesti korang akan pikir yang itu tandenye korang adelah loving couple or senang citer ia menunnjukkan yang sebenarnye korang adelah sepasang kekasih , ade jugak yang berpendapat ia adalah sebagai tande hormat , tapi aku percaya mesti ramai yang guna panggilan macam tu sebab nak menunjukkan u all ni pasangan kekasih , betol tak? hahahaha , aku pon pernah ade couple , aku pon due kali lime je , hahaha.

tapi aku percaya mesti ade dalam kalangan kawan2 korang yang ber-couple guna panggilan 'ko aku' je , betol tak? sebab aku pon ade member yang panggil 'ko aku' je dengan bf die. mesti ade segelintir orang yang kalau tengok couple tu panggil 'ko aku' dorang akan cakap "tak romantiknye...." aip!!! jangan salah sangka , 'ko aku' ni lagi romantik tau , cool and relax. hahahaha. tapi ape2 pon panggilan yang kite gunakan , pucuk pangkalnye pada hati masing2 dan cara pembawakan dalam perhubungan korang tuh. tak semestinye yang guna panggilan manje2 ni bahagia. so!! good luck pada yang tengah bercinta and lagi2 yang tengah hangat bercinta sekarang ni. and aku , masih mencari dan terus mencari. wallahu'alam... ;D

p/s: aku dengan kawan aku relax je panggil 'abi ami' , hahak, so sweet.......~~~~ :p

Thursday, December 9, 2010

KENA KEJAR DENGAN JAIS..!!!!

AKU KENA KEJAR DENGAN JAIS..!! BIAR BETOL!!!

hahahahaha lek lu lek luuuuu....!!! hahahahaha relax dulu maksudnya, ala korang ni.. rushing sgt ar, sejahat2 aku tak pernah lagi kena kejar dengan JAIS, hohohoho.

ceritenye macam ni, kejadian berlaku mase hari raye puase baru2 ni. aku dengan kawan2 sekolah aku konvoi ramai2 keluar beraya rumah kawan2, dalam kawasan kampung kitorang je, tapi di sebabkan kawasan rumah aku ni betol2 sebelah kampus UNISEL , so JAIS rajin la masuk buat rondaan. kitorang abes beraye dalam pukul 12 tengah malam. so biase lah anak muda , kitorang dah jarang jumpe , so mase raye ni lah peluang yang ade , masing2 cuti. lepas abes beraye tu kitorang plan ah nak pergi melepak kat tangki UNISEL , memang tu port lepak budak2 bujang. kitorang pon ape lagi , semua gerak pergi situ ah , parking motor masing2 , parking kereta , bukak lagu shuffle kuat2.

tak sampai setengah jam kitorang lepak , tibe2 member aku yang sorang ni datang kat kitorang dengan bawak motor laju2nye bagitau yang die nampak JAIS masuk.

"weyh JAIS weyh JAIS..!! aku nampak van JAIS td". aku ingat ayat die ni, hahahaha

yang kitorang ni ape lagi , masing2 lari bertempiaran. ade yang naik kereta masuk kereta , ade yang naik motor cepat2 start terus pecut. bile di ingat balik memang kelakar giler. aku masuk dalam kereta memang terus gelak pecah perot ah kan. sebenarnye kalau JAIS dapat tangkap kitorang pon bukannye ape, paling sakit pon kitorang kena ceramah je. huhuhuhu. tak puas lepak kat tangki , kitorang lepak depan rumah kawan kitorang lak. kitorang baru nak snap gambar cantik2 kat tangki tu , tapi takpe lah , kat sini aku ade letakkan gambar mase kitorang lepak kat tangki UNISEL tuh dengan pic lepak kat rumah kawan aku mase hari raye hari tu. enjoy lah ea... weeeeeeeeeee~~~~~~~



kat sini lah kitorang lepak tuh , nampak tak tangki UNISEL belakang tu. port tak baik punyeeee




ni pic kat depan rumah kawan aku , korang tengok lah kawan2 aku nih , saket kepale tau kalau layan perangai dak2 laki nih

SEDIHNYE....!! :'(

aku sedih bukan ape , aku sedih sebab . . .

TAK DAPAT NAK UPDATE BLOG UNTUK BEBERAPA HARI NI . . . CHARGER LAPTOP AKU ROSAK . . . (ni pon update kat office) SEDIHNYE......!! BANYAK SANGAT BENDA YANG NAK DI KONGSI...!! HUHUK :'(

nak tau tak kenapa cik cumy suke FOLLOW blog orang??

nak tau ke???


hahaha. kalau korang perasan aku , tiap kali aku masuk blog blogger , aku mesti masuk kat chat box or shout box ke ape ke , then aku akan follow blog tu. nak tau sebab ape??

sebabnye...... nanti senang aku nak usha keseluruhan blog blogger tu , takde lah aku nak carik balik ape link blogger tu. setuju tak cara aku ni?????

so maknenye , aku bukan saje2 follow , ade sebab kenapa aku follow. lagipun aku baru nak menjinakkan diri dalam dunia ber-blogging ni , so thats why aku kena tengok blog lain untuk meningkatkan tahap 'penulisan' aku ni. ;D

Wednesday, December 8, 2010

GOOD NEWS..!!! :D + BAD NEWS ... :'(

tengah aku syok layan bace blog blogger , TIBE2..!!!


"cumy , Puan panggil" , dengar Yaya cakap kat aku. tersentap aku di buatnye.

"hah , nape? aku je ke?" dalam hati aku time ni aku betol2 dah cuak. memang aku ade buat salah , tapi aku betol2 harap bukan nak timbulkan salah aku ni.

"dengan aku sekali lah , jom lah". dengan berat hatinye aku dengan Yaya masuk bilik bos. muke aku tenang je , sok sok suci.

"ambek kerusi , duduk" , bos aku cakap.

"emm you all abes praktikal jumaat ni kan , so , ni saya nak bagi pendapat je lah kan , saya nak bagi cuti kat you all. so hari ni you all last lah , macam mane?"

time ni hati aku dah berbunga riang , kalau ikotkan hati jahat aku ni memang hari ni jugak aku nak last , tapi Yaya mintak hari esok last.

so , TANGGAL 09 DECEMBER 2010 , AKU DAH LAST PRAKTIKAL....!!! BEBAAAAASSSS!!! YEAAAAAAA....!!!!

p/s : tengah dalam kegembiraan tibe2 mak aku call bagitau yang kucing2 aku dah meninggal , yang paling buat aku sedih , dua2 ekor kucing tu kucing kesayangan aku ... :'(
sekor tu aku panggil die pak long , sekor lagi (ni anak buahnye) aku panggil sauh.... :"(
selalunye kalau aku balik umah mak aku , mesti aku carik sauh dulu . lepas ni aku takde dah nak jerit2 kat umah panggil SAUUUUUUHHHHH...!!! :"(

TAK SANGKA NO...............!!!!!

aku jarang sangat bukak nuffnang aku ni, sekali aku bukak... nah haaaaiiii....!!

aku dah dapat 25sen!! ni yang aku tunggu2 selama ni. dah lame aku

berkhidmat dengan nuffnang, akhirnye aku dapat earnings. (eleeehhhh baru

25sen dah kecoh satu dunia) opkoz laaaa.....!! bukan senang tau, dah lama

aku tunggu, walaupun 25sen, lame kelamaan akan meningkat, daripada tak

naik langsung, betol tak??? ape2 pon, thanks nuffnang...!! mwahx mwahx!! ni

yang buat aku rajin nak ber-blogging ni, ;D


[ dah cube nak tunjukkan bukti, tp space blog post aku ni kecik, tak muat, so nanti tak nampak RM nye, tapi seriously, aku tak tipu ]

rindu arwah bapak... :'(

kedebubbb!!!! "Yah..... aku jatuh niiii...!!!"

[tingat mase arwah bapak aku jatuh bilik air dan jerit name mak aku , dan sejak dari tu terus tak boleh jalan..dan sekarang die.... :'( ]

tengah aku sebok2 bace blog blogger2 kat Malaysia ni , tibe2 aku ternampak satu entry "TERIMA KASIH AYAH", terus aku teringat kat arwah bapak aku yang dah pergi meninggalkan dunia ni hampir 4 tahun (14 dec ni genap 4 tahun). tibe2 je aku rase sebak , aku tahan airmata , takkan aku nak nangis plak kat opis ni (time ni kat opis).

dalam keluarga aku , aku paling rapat dengan arwah bapak aku . apa aku nak semuanya dia bagi , takde yang die tak tunaikan , cume satu je yang die tak nak tunaikan..emm (aku pernah mintak handphone mase umur 12 tahun , die tak bagi , huhuhu, padan muke aku) ;p

seminggu sebelum die meninggal , tiap2 hari aku mimpi duit (orang cakap kalau mimpi duit atau emas , orang yang dekat dengan kite nak 'pergi'). dan selama seminggu tu jugak aku asek menangis tak tentu pasal je. sejak die jatuh dari bilik air, aku rase tak sedap hati. aku rase macam ade sesuatu yang sedih yang akan berlaku . aku ingat lagi , kali terakhir arwah bapak aku tenung aku , time tu aku baru lepas mandi , dengan berkemban tuala nye , terbongkok2 mencari baju dalam bakul (bakul tu ade dekat dengan katil tempat arwah bapak aku baring) , time aku tengah mencari2 tu , aku terase ade orang tenung aku , arwah tenung aku lama2 , aku jadi malu sebab aku berkemban , aku pon cakap lah , "ape ni pak pandang2 , malu ah owang", (orang jawe panggil bapak) , bapak aku pon senyum , and toleh tempat lain , huhuhuhu. malus!!

dan itulah kali terakhir arwah bapak aku tenung aku , rupe2 nye itu tanda die nak pergi tinggalkan aku selama2nya... :'(

14 dec 2006 , tepat jam 4.10 petang , hari khamis , lepas azan asar (lepas azan asar , dah masuk hari jumaat , so hari jumaat arwah meninggal) , dengan suasana dingin , syahdu , hujan gerimis , arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir meninggalkan isteri dan anak2 yang tercinta dan yang tersayang , meninggalkan hartanya , meninggalkan kawan2nya , meninggalkan saudara2nya , adik beradik dan segala yang ada di dunia ni.
(bile tenguk kawan2 ade ayah , hati mesti tersentuh)

semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas arwah Tahir Bin Ahmad

AL-FATIHAH..~~

kenapa ade orang panggil aku ADUN..???

nak tau kenape?? hahahaha.
name ni dapat dari kawan kolej aku, yaya. senang citer die ni kawan satu kolej, satu kelas, satu rumah, satu bilik, satu tempat praktikal, ha ambek kau. cukup pakej, lengkap. bermulanye name ADUN ni mase mule2 aku nak daftar masuk kolej tahun 2009. time tu aku nak daftar, aku duduk lah sorang2 kat kerusi tunggu giliran, sambil2 tu tangan aku tak lepas pegang handphone. handphone aku plak sentiase berbunyi, ade panggilan dari abg2 aku, abg angkat aku, kawan2 aku, maklumlah hari pertama masuk kolej and pertama kali uruskan sendiri untuk masuk kolej. dah lah aku tak kenal siape2 kat situ, so okay lah aku teruskan belajar berdikari dari situ, huhuhuhu. sambil aku tengah tunggu giliran, aku on call dengan kwan aku, tak lame lepas tu ade sorang minah ni duduk sebelah aku, aku tak pandang die, aku just tau yang ade perempuan duduk sebelah aku, so takpelah, aku teruskan bergayut. time tu memang aku clumsy sgt, pen jatuh lah, kertas jatuh lah. so aku buat tak tau je lah kan, muke aku suci je ah, sentiase senyum, hahak. motifnye sekarang yang aku nak sampaikan, aku busy dengan hanndphone sepanjang aku nak daftar tu. abes citer kat kolej.

settled hal kat kolej, masuk rumah sewa plak. kenape semester 1 dah duduk rumah sewa? ha, sebabnye, kolej komuniti takde asrama/hostel.. so, sambung balik, aku tak sangka plak yang aku satu rumah dengan minah yang duduk sebelah aku tadi tu, dapat tau pon mase aku borak2 dengan die kat tempat daftar tu, and kitorang satu bilik, tido sebelah2. hehehe. kat rumah pon same gak, tangan aku asek pegang handphone je, al-maklumlah mase tu aku ade bf lagi (la ni single daaaahh). malam tu mase kitorang tengah nak suai kenal dengan budak2 rumah, minah yang duduk sebelah aku mase daftar tadi tu ckp, "dari kat kolej lagi aku tengok handphone ko tak berhenti berbunyi, ingatkan kat rumah dah habis dah, ni ade lagi. busy betol ko ni, ni boleh jadi ADUN banting ni" hahahahaha, SO!! DARI SINI LAH TERCETUSNYA NAME ADUN..!! AND YAYA NI LAH YANG PANGGIL AKU ADUN..!! HAHAK!!

lepas pada tu, bile aku tiap2 hari on call tengah malam, mesti yaya or fee akan ckp (dalam bilik aku ade 3 org termasuk aku) "ade masalah perparitan kat mane plak ADUN?" hahaha. hampeh..so yang panggil aku ADUN, budak2 rumah aku and ade lah kawan2 sekelas aku yang kadang2 panggil ADUN, tapi yaya memang panggil aku ADUN, jarang sangat die nak panggil aku CUMY. :D

END..~~~~

Tuesday, December 7, 2010

TAK DAPAT NAK UPDATE BLOG.. WHY?????

CHARGER LAPTOP ROSAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKK...........!!!!! HUWAAAAARRRGGGHHHHHHHH........!!!!!! ARI TU SKRIN PROBLEM, NI CHARGER LAK, MELAMPAU BETOL LAH COMPAQ NIH!! HOH!!!!

Monday, December 6, 2010

CERITA AKU KAT MELAKA, 03 DEC 2010 - 05 DEC 2010

huwaaaarrrggghhh penatnyeee..nak g keje pon malas jek, semalam baru je balik dari bercuti kat melaka. pagi jumaat aku bangun awal2 pagi nak ambek train ke shah alam. kat umah dah plan baik punye nak beli tiket terus ke shah alam, coz rm5 je. then aku pegi lah kat mesin tiket ktm ukm, time tu aku ingat yang aku nak beli tiket terus ke shah alam, dah memandangkan kat mesin tak boleh bagi balance aku, aku pegi lah beli tiket kat kaunter. time aku tengah beratur belakang sorang mamat ni, aku dengar mamat ni nak beli tiket ke kl sentral, yang aku ni plak, otak entah kemane, sampai je giliran aku, aku pegi cakap yang aku nak tiket ke kl sentral, adusss!!!! dah lari budget aku, pe nak buat, tak kan nak patah balik tukar tiket plak, redha je la...naseb baek aku dah beli tiket bas.

lepas aku selamat sampai di shah alam, aku naik teksi ke stesyen bas seksyen 17. dalam wallet aku time tu ade rm7 je..!! aku lupe nak cucuk duit hari khamis tu. huhuhuhu, time ni aku tawakal je, mintak2 lah cukup, ALHAMDULILLAH...duit teksi aku kene rm5.80 ... aku bg uncle tu rm6, aku halalkan 0.20 sen. nasib baik tiket bas aku dah beli seminggu sebelum aku bertolak. aku pon tunggu lah bas kat stesyen tu sampai bas aku sampai. aku naik bas double dacker transnasional, aku duduk tingkat atas. masuk dalam bas, dapat tempat duduk, aku terus tido. ngantok gler, malam tu aku tido lambat. sampai plak kat melaka sentral pukul 3 setengah lebih, balak member aku ni plak suruh aku tunggu kat situ sampai dia datang, dia ade keje siket. okay lah, aku boleh terime, and aku ronda2 dulu kat melaka sentral tu, aku beli lah ape yang aku nak beli. so...ade hikmahnye nape duit aku banyak abes kat melaka sentral tu sebelum aku dapat jalan-jalan kat bandaraya melaka. nak tau kenapa?? hahha.. nak tau, bace sampai abes. then MR GENJI a.k.a balak member aku ni, ambek aku pukul 5.30 petang, berape lame aku tunggu, seriously, bontot aku kebas time tu duduk lame2. penat tunggu orang lame sgt tanpa buat apa2. tapi takpe lah, aku maafkan, jalan jem, maklum lah, dah petang, rumah die pon kat jasin, bukannye dekat sangat dengan melaka sentral. dia datang ambek aku dengan adek die..Amir and kawan die..kitorang panggil Ah Teng (si pemandu), die ni melayu, korang jangan sangka die cina plak. so dalam kereta tu ade 3 boy and aku. pergghh..!! cari maut. so okay lah, as a friend. then kitorang terus gerak ke Bukit Rambai, ambek kawan aku, Ieja (awek Genji). sampai kat Bukit Rambai pukul 6.30 petang. punye lah susah nak cari rumah mak angkat Ieja ni. dengan kesabaran yang Ah Teng ade, kitorang mencari dan terus mencari akhirnye sampai lah kami di rumah mak angkat Ieja di Taman Bukit Rambai Indah, Melaka. mak angkat die suruh kitorang masuk dulu, minum2. yang jejaka2 tampan semua ni (Ah Teng paling ensem!!) malu2. tapi akhirnya masuk jugak lepas dorang abes 'berasap' kat luar rumah.

pukul 7 petang, kitorang mulakan perjalanan kitorang ke tempat penginapan aku dan Ieja. rumah yang kitorang nak tumpang sepanjang kitorang kat Melaka ni rumah sewa student Kolej Komuniti Selandar. so taman perumahannya betul2 depan Kolej ni. actually ni rumah sewa awek Amir, Fatin namenye or kitorang panggil die Aten. so dalam pukul 8 malam kitorang sampai lah kat Taman Jus Perdana, Selandar. kitorang stay lah situ selama 3 hari 2 malam. sampai je kat rumah tu, aku rehat2 jap dengan Ieja, Aten dah keluar dulu dengan Amir. lepas aku mandi, Genji call suruh kitorang datang kedai makan kat depan taman perumahan ni. kebetulan aku memang lapar sangat dari pagi aku tak makan nasi. malam tu kitorang memang plan nak keluar lepas makan..tapi Ah Teng plak dapat call dari kawan die suruh ambek kat Seremban. kawan die ni nak balik Melaka, tapi dah tengah malam takde bas ke Melaka, Ah Teng yang tengah letih sangat2 tu kena pegi jugak lah ambek dorang kat Seremban, Genji temankan. lepas Ah Teng dengan Genji hantar kitorang kat rumah, dorang terus gerak pergi Seremban. diorang suruh kitorang tido dulu, so aku tido ah dulu. nikmatnyeeeeee.....~~~

pukul 2.30 pagi Ieja dapat mesej dari Genji. Genji suruh kitorang bersiap, die dah nak sampai. aku bangun, gosok gigi, basuh muka, terus bersiap. destinasi pertama kitorang awal pagi tu ialah kat Dataran. alaa..kat kapal yang besar tu. kitorang lepak tepi sungai laluan cruise and bot. kitorang lepak tak ramai, 2 kereta je, so semuanya dalam 9 orang, termasuk Amir dengan Aten and kawan2 kolej Aten. tak lama kitorang lepak kat situ, then kitorang pergi lepak kat tepi pantai (de batu2, xde pasir pantai) kat tempat Eye On Malaysia dulu tu. sekarang dah takde dah. yang couple dating lah dengan couple diorang. aku dengan Ah Teng je bukan couple, so kitorang lah ber'dating', hahahaha. Ah Teng ah temankan aku sepanjang aku kat sane, takkan aku nak kacau daun Ieja plak kan. kitorang duduk lah kat batu2 kat situ sambil tengok bintang2, banyak bintang hari tu, cuaca memang baik. lepas lepak kat situ, kitorang lepak kat maple, minum2, makan2. pup pap pup pap, masing2 gerak balik rumah, sampai rumah pukul 6.15 pagi. ambek kau..!! hahaha. relax jap, borak2 dengan Aten, gelak2, dah penat, masing2 masuk bilik, tido.

pukul 2 petang baru bangun..!!! letih dowh, lagi2 aku ni, sampai dari KL tak rehat pon. hari sabtu tu keluar kejap je pergi beli tiket. aku, Ieja, Ah Teng dengan Genji. sampai kat Melaka Sentral, aku dengan Ah Teng turun pergi beli tiket bas. lepas beli tiket bas, pergi jasin plak, ambek kek untuk wedding (family angkat Ah Teng). lepas ambek kek, diorang terus hantar kitorang balik, hari sabtu tu tak keluar melepak pun, family angkat Ah Teng ade kenduri kawen. so takpe lah, kalau kitorang keluar malam tu pun kitorang tak dapat keluar dari kereta, satu Melaka hujan malam tu.

besoknye, hari Ahad, 5 Dec 2010, aku dengan Ieja dah nak berangkat pulang ke Shah Alam. Ah Teng dengan Genji hantar kitorang kat Melaka Sentral, Amir tak ikot, malam tu die keluar dengan Aten, balik lambat, huhuhu. sampai kat Melaka Sentral dalam pukul 11.50am macam tu, lepak2 jap dalam kereta sampai pukul 12.20am baru lah kitorang keluar dari kereta, bersalam perpisahan, kami semua beredar bawa haluan masing2. bye Melaka.... :'(

perkara yang aku kesal sepanjang aku kat Melaka:-
1) tak dapat berjalan kat bandaraya Melaka
2) tak snap gambar sepanjang aku kat sane.
3) terlupa nak snap gambar dengan Ah Teng, (arrghhhhh)

shedih shangat...!! :'(




Wednesday, December 1, 2010

ABC = AIR BATU CAMPUR, HEHEK. TAG DR ~LOLZ~ .....

JWAPAN IKHLAS DR HATI, AHAKZ!!

A. AVAILABLE = maybe, ahakz!!
B. BIRTHDAY = 26 january 1991
C. CRUSHING ON = errrkkk...
D. DRINK YOU HAD LAST = teh o ais
E. EASIEST PERSON TO TALK = orang yang tak sombong
F. FAVOURITE SONG AT THE MOMENT = tak ku sangka tak ku duga (apit & acit)
H. HOMETOWN = kuala kurau,perak n balik pulau, penang (sebelah mak), batu pahat johor (sblh arwh ayh), bestari jaya (umah family)
I. IN LOVE WITH = secret, ehekz
J. JUNGGLE = errrkkk (dont know)
K. KILLED SOMEONE = errrrkkk emm
L. LONGGEST CAR RIDE = tak pandai drive
M. MILKSHAKE FLAVOUR = ape2 jer
N. NUMBER OF SIBLING = 6th
O. ONE WISH = nak grad, nak kawen
P. PERSON YOU CALLED LAST = safiq (kwn rapat aku)
Q. QUESTION = aku grad ke tak nanti ek?
R. REASON TO SMILE = senyum itu sedekah
S. SONG YOU LAST HEARD = tak ku sangka tak ku duga
T. TIME YOU WAKE UP = 6.50am
U. UNDERWEAR COLOUR = private..!!
W. WORST HABIT = gigit kuku
Y. YOYOS ARE = errrkkkk
Z. ZODIAC SIGN = AQUARIUS