Saturday, July 30, 2011

ADAB KETIKA BERPUASA

setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ialah :


1) menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kene mengena dengannya.

2) memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syariat dan yang sia-sia.

3) mengawal perutnya daripada merasai makanan dan minuman yang mengandungi unsur syubhah terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

4) berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.

5) elakkan banyak tidur pada siang hari dan makan pada malamnya. malah, bersederhanalah kepada keduanya bagi menyelami kejerihan rasa lapar dan dahaga.


p/s : Perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Biasanya ia disebabkan oleh faktor pertentangan dua dalil ataupun kerana tiada dalil/nas yang terang/sorih.

0 ulasan: