Saturday, July 30, 2011

SELAMAT DATANG.. RAMADHAN AL MUBARAK...

assalamualaikum....


menghitung hari nak berada dalam bulan ramadhan, tinggal satu hari jek lagi. insyaallah ari isnin 1 august 2011 bersamaan 1 Ramadhan seluruh umat islam akan menjalankan ibadah wajib iaitu puasa. haaa!! pada yang selalu ponteng2 puase tuh buatlah azam baru untuk tahun ni berpuase penuh, kecuali pada mereka yang tak di wajibkan berpuase je lah ea, paham2 je lah, hihik.
semoga bulan ramadhan tahun ini akan memberi keberkatan dan seribu erti dalam hidup kite. semoge dalam bulan ramadhan ini juga kita akan mendapat hidayah dr-Nya. insyaAllah...

sedikit ilmu pengetahuan untuk semua :

kita biasa dengar dgn PUASA 6 bukan? selepas berpuasa (wajib ) sebulan Ramadhan, umat Islam sangat di galakkan berpuasa sunat enam hari dalam bulan syawal. harinya ialah selepas berhari raya Aidilfitri sekurang-kurangnya sehari; boleh dilakukan berturut-turut atau berselalng seli. yang afdalnya di mulai dua hingga tujuh syawal.

selamat beramal... selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.. :)

0 ulasan: