Thursday, August 11, 2011

KUIH GLAMOUR DI MALAYSIA

assalamualaikum...!!! eheheh nak tau tak name-name kuih yang terkenal kat malaysia nih, haaaaa!! ni antare senarai name kuih yang terkenal lah kat malaysia di serata negeri....

kuih paling gangster - lompat tikam
kuih paling sexy - puteri mandi
kuih paling keji - taik itik
Kuih bajet cute - cek mek molek
kuih untuk awet muda - seri muka......
kuih paling alim - kuih ketayap
kuih penyakit lelaki kronik - batang buruk
kuih suka pukul - kuih lompang
kuih dalam zoo - badak berendam
kuih untuk sam polis trafik - kuih sampreeeeettttt
kuih yg bangun sendiri - kuih bangkit
kuih org ta mandi - kuih bau-lu
kuih paling tenteram - kuih makmur



kikikiki jgn marah haaa..... actually ni copy and paste from my member facebook eima... hihik ;D

ISTIQARAH CINTA


✿ Jangan katakan cinta melalui sms kerana sms boleh dihapus
✿ Jangan katakan cinta melalui bunga kerana bunga boleh layu
✿ Jangan katakan cinta melalui kertas krana kertas boleh dibuang
✿ Jangan katakan cinta melalui ciuman kerana ciuman itu dosa

~♥~ Katakanlah cinta melalui hati dalam istiqarah cintamu pada Ilahi Rabbi ~♥~

subhnallah indahnya.... ;)

Wednesday, August 10, 2011

IKLAN SHAMPOO CLEAR..

assalamualaikum...wbt.. ape khabar semua.. harap sehat-sehat aja yaa..

erhmm berkenaan dengan iklan shampoo CLEAR yang iklannye tersergam indah di tayangkan di TV 3... dalam iklan tu ade menyatakan.. 'DUNIA AKAN KIAMAT 2012, SIAPA TAHU?' .. WOW!!! amat memeranjatkan eima..! why must she said like that , dan kenape tiade siape yang menghalang iklan tu terus di siarkan. and i think bukan salah model tu jugak, tapi siapa yang membuat skrip iklan itu macam tu?? bagi eima ia sesuatu yang sensitif. ok, let see, 2012 dunia akan berakhir, so lebih mementingkan penjagaan rambut dr kelemumur ke bebanding menjaga aurat, menutup kepala dan membuat amal kepada Allah kerana ini yang akan di bawa di akhirat nanti, bukannye SHAMPOO CLEAR tuh!! huh! kepada pihak bertanggungjawab, please la alert dengan bende nih.!

( amat marah!! )

Tuesday, August 9, 2011

SI HERO...!!

ting ting ting...!! tora datang lagiii...!! adeh, ngeeeeeeeeeeee~~~


SI HERO..??? siape HERO nih?? erhmm once upon a time... eh, baru-baru ni.. eima bawak anak-anak buah ronda-ronda kampung naik motor. eima bawak due orang, si abang dan si adek. si abang namenye irfan (panggil ifan jek), si adik namenye zafran (panggil adek jek). sambil tengah bawak motor tuh, si ifan yg duduk kat belakang eima sambil pegang baju eima kuat-kuat tu pon rancak lah berborak dengan eima. dari satu lorong ke satu lorong perumahan yang eima masuk, sampailah kami ternampak seekor anjing!! jadi di sini bermula lah kisahnye....

ifan: ucu..!! ari tu kan, kawan ifan kene kejar dengan HERO....

eima: (hero???) kenape die kene kejar dengan hero?

ifan: die main beskal, pastu beskal die tertinggal kat umah hero... die nak pegi ambek beskal tu, pastu Hero marah Hero kejar lah die.

eima: fan, sape Hero tu?

ifan: Hero tu anjing lah ucu.....!

eima: kenape panggil die Hero?? die ensem ke?

ifan: ha'ah... name die Hero sebab die ketua...

hurrmmmm anjing rupenye, then ade due ekor lagi name anjing yg eima lupe, hadooooiii memang kelakar name due ekor anjing nih, boleyh terlupe la pulak...!

KICAP SAHABAT TEDDY BEAR


assalamualaikum...!! sehat ke para pembace blog kekasih eima nih, eima sehat2 jek, alhamdulillah.

entry kali ni mengenai gelagat anak-anak kucing eima yang suke sangat tidur di sebalik teddy bear kepunyaan eima. erhmm mungkin di sebalik teddy tuh mereka selesa kot, jadi di sebalik teddy tu lah jadinye tempat permainan dan tempat tidur anak-anak kucing tuh, kenape?? tak pe caye??? erhmm kat bawah ni ade gambarnye....

TAAADAAAAAA......!!!!


name anak kucing ni kicap,,..!! ehehe sebab kaler bulu die itam. then ade due ekor lagi anak kucing, sekor kaler putih susu namenye susu dan sekor lagi kaler campur2 and ade kaler kuning namenye kunyit..! ehehe name masakan sempena ramadhan, hehek ;D

HATI

assalamualaikum wbt... salam sejahtera salam satu malaysia, wah!! dah macam nak buat presentation mase kat kolej pulak, ehehehe.

erhmm tibe2 datang idea jiwang lak nak post untuk entry kali ni.

HATI. ape kate hati? macam2 hati ni berkate, tapi tak di nafikan, hati selalu berkata negatif dan otak mengingatkan untuk berfikir positif. tahniah kepada otak yang berjaya mengawal kate hati. tibe2 eima teringat satu mase dahulu (baru2 ni jek) eima pernah berdebat dengan seseorang tentang 'COUPLE'. hamba Allah ni mintak hati eima kembali terbuka untuk menerima seseorang dalam hidup, tp pada eima mase tu eima berkeras tak nak dan ternyata dalam islam 'couple' adalah haram. sebab couple boleh penyebab kepada penzinaan. walaupon tak berjumpa, tak keluar bersama, tapi zina tetap ada iaitu ZINA HATI. tapi kite semua manusia biase yang sukar untuk lari dari hati dan prasaan pada seseorang. bukan mudah untuk kite menafikan atau menyingkirkan perasaan yang telah terbuku dalam hati yang di anugerahkan oleh Allah swt. tapi pada pendapat eima, jika hati sudah menyatakan sebegitu, jalankan lah saje pernikahan untuk due hati, ini lebih mulia daripada bercinta lame2 tapi tiada apa2.
maaf kalau eima ade tersalah kate.

p/s: eima sendiri menunggu waktu untuk di satukan.

Tuesday, August 2, 2011

KEHEBATAN DOA

Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).

Pelajaran dari cerita di atas: Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita!

(i.luv.islam)