Puasa 1 – 10 Zulhijjah . 1 Zulhijjah Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah. 2 Zulhijjah Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. 3 Zulhijjah Doa Nabi Zakaria diper-kenankan Allah. 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. 5 Zulhijjah Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya. 6 Zulhijjah Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya. 7 Zulhijjah Pintu neraka jahanam akan di-kunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah. 8 Zulhijjah Dinamakan “Tarwiyah” (Hari berfikir). Nabi Ibrahim bermimpi men-\dapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. 9 Zulhijjah Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau mengerti. 1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya. 2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan. 3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir. 10 Zulhijjah Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Haram berpuasa pada hari ini. Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluarganya. Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.
Saturday, October 29, 2011
JOM BERPUASA DI BULAN ZULHIJJAH ..!
Dicatat oleh cikcumy di 10/29/2011 12:43:00 PM 0 ulasan
Friday, October 21, 2011
STUDENT SHIPPING
SAJE JEK NAK KASI TAU.. SKANG NI SY DAH JADI STUDENT PERKAPALAAAAANNNNN....!!! EHEHEHEHEH KAT RANACO EDUCATION AND TRAINING INSTITUTE.. SO FAR BARU SEMINGGU MASUK SINI, AND TAKAT NI OKAY LAH KOT, YANG PENTING STUDY BEST TAK BYK SUBJEK MACAM MASE JADI STUDENT TOURISM DULU..
Dicatat oleh cikcumy di 10/21/2011 04:54:00 PM 2 ulasan
Friday, September 23, 2011
BERI PELUANG PD MEREKA
Dicatat oleh cikcumy di 9/23/2011 03:22:00 PM 0 ulasan
Thursday, September 8, 2011
HADIAH RAMADHAN
Dicatat oleh cikcumy di 9/08/2011 12:40:00 AM 0 ulasan
Thursday, August 11, 2011
KUIH GLAMOUR DI MALAYSIA
Dicatat oleh cikcumy di 8/11/2011 11:28:00 PM 0 ulasan
ISTIQARAH CINTA
✿ Jangan katakan cinta melalui sms kerana sms boleh dihapus
✿ Jangan katakan cinta melalui bunga kerana bunga boleh layu
✿ Jangan katakan cinta melalui kertas krana kertas boleh dibuang
✿ Jangan katakan cinta melalui ciuman kerana ciuman itu dosa
~♥~ Katakanlah cinta melalui hati dalam istiqarah cintamu pada Ilahi Rabbi ~♥~
subhnallah indahnya.... ;)
Dicatat oleh cikcumy di 8/11/2011 02:55:00 PM 0 ulasan
Wednesday, August 10, 2011
IKLAN SHAMPOO CLEAR..
Dicatat oleh cikcumy di 8/10/2011 02:48:00 PM 5 ulasan
Tuesday, August 9, 2011
SI HERO...!!
ting ting ting...!! tora datang lagiii...!! adeh, ngeeeeeeeeeeee~~~
Dicatat oleh cikcumy di 8/09/2011 10:00:00 PM 0 ulasan
KICAP SAHABAT TEDDY BEAR
Dicatat oleh cikcumy di 8/09/2011 09:45:00 PM 0 ulasan
HATI
Dicatat oleh cikcumy di 8/09/2011 01:50:00 PM 0 ulasan
Tuesday, August 2, 2011
KEHEBATAN DOA
Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT; "Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat. "Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat. "Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi. "Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah. Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi; "Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?" "Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi." "Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat. "Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi. "Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat. "Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi. "Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi. "Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan.. (Sumber: Hadis Kudsi). Pelajaran dari cerita di atas: Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita! (i.luv.islam)
Dicatat oleh cikcumy di 8/02/2011 02:30:00 PM 0 ulasan
Saturday, July 30, 2011
ADAB KETIKA BERPUASA
setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ialah :
Dicatat oleh cikcumy di 7/30/2011 03:26:00 PM 0 ulasan
SELAMAT DATANG.. RAMADHAN AL MUBARAK...
assalamualaikum....
Dicatat oleh cikcumy di 7/30/2011 03:12:00 PM 0 ulasan
Tuesday, June 14, 2011
:: BETOL KE AKU DAH ABES STUDY NI ::
sedeyh nak kene tinggalkan kawan2, dan lg sedeyh dah berjauhan dengan DIA... :'(
~~tak tau dah nak sambung tulis pe lg tuk entry ni, i'm crying ...~~
Dicatat oleh cikcumy di 6/14/2011 05:15:00 PM 2 ulasan
Wednesday, June 8, 2011
:: PLEASE COME BACK TO ME ..::
tp kalau boleh aku nak die kembali balik kat aku macam dulu..
aku terlalu perlukan die,
hurmmm plz come back to me..!!
:: jangan kau pergi untuk meninggalkan aku, aku di sini dengan sejuta cinta untukmu...::
~~arrrggghhhh...!!! stress..!!~~
Dicatat oleh cikcumy di 6/08/2011 12:44:00 AM 2 ulasan
Monday, May 30, 2011
:: WEDDING MY BRO AND MY SIS .. ::
tanggal 8 MEI 2011.. berlangsungnya majlis kenduri kahwin abang dan kakak kite... dan majlis cukur jambul anak buah kesayangan .. MIA ADRIANA.. so kat bawah ni ade gambar2 sepanjang majlis berlangsung, hanya sebahagian sahaja, ehehhe
Dicatat oleh cikcumy di 5/30/2011 10:34:00 PM 0 ulasan
:: KEBAHAGIAAN TAK SELAMANYA INDAH ::
(kembali dengan mood sedih, apa daaaa )
kebahagiaan tak selamanya indah?? kenape cik cumy ni? tibe2 jek.. (errmmm frust putus cinta )
ooowwwhhhh.. ehehe cik cumy bercinta?? giler ah.
erhmm paling menyedihkan coz couple time my birthday yg ke 20 tahun, ingatkan ni kebahagiaan yang kekal abadi yang di cari selama ni. tapi semuanya berakhir setelah baru beberapa bulan ber-couple. semua berlaku sekelip mata. kesetiaan yang di beri, kekecewaan yang di terima. mungkin die bukan jodoh sy, tp sy malu dengan keluarga sebab die dah berjumpa dengan keluarga dan bermalam di rumah keluarga sebab penat ambil sy kat kolej. hurrmm. dia insan yg sy harapkan tp ni yang die bg kat sy.. PERPISAHAN.
perit, tp ni yang sy perlu hadapi. tinggalkan sy tanpa pesan, tanpa berbicara walau sepatah. ape salah sy?? apa dosa sy?? apa kekurangan sy?? setiap malam menangis kenangkan semua ni. perkara berlaku time final exam untuk last semester. agak sukar nak lalui, tp tabahkan ht jugak. cik cumy yg org kenal dengan sikap periang, tibe2 berubah muram bile diri keseorangan. benar.. orang yang periang sememangnya selalu selindungkan kesedihan di hadapan semua orang.
berdiri di kaki sendiri untuk kuatkan semangat.
IT'S ME... :')
Dicatat oleh cikcumy di 5/30/2011 09:55:00 PM 2 ulasan
Tuesday, April 26, 2011
KORANG ADE TAK...??
ape yg ade ape yg tak ade ni....
haa ni ler awok nak kabor ni...
mase kolej aku de nak wat ari keusahawanan peringkat kebangsaan baru2 ni, aku ngan kawan2 aku yang len tolong la lecturer kitorang angkat2 barang... then aku dengan kawan aku terjumpe lah botol air mineral yang ade sticker kolej aku...
ahahahahha tak ku sangka tak ku duga... kolej aku de botol air mineral sendiri...
tempat korang belajar de x???
korang x caye??? aku de buktinye.....
Dicatat oleh cikcumy di 4/26/2011 11:23:00 PM 2 ulasan
Friday, March 4, 2011
KHAS UTK BLOGGER BARU ....
aku pon baru je blaja bende ni...
so pade blogger-blogger baru yang nak mantop kan lagi die punye blog, semuanye ade kat sini
klik je link ni... http://tutorialuntukblog.blogspot.com/
Dicatat oleh cikcumy di 3/04/2011 05:13:00 PM 0 ulasan
Wednesday, March 2, 2011
SAKIT HATI OR BENGANG???
hehehehe
kenape sakit hati atau bengang ni?? bukannye ape... i just nak tau perasaan korang dalam satu situasi ni di mana perjumpaan (dating) korang tibe2 di batalkan atau senang citer tak jadi la...
korang pernah rasa tak, korang dah siap2 nak jumpe ni, korang dah mandi wangi2...dah mekap cantik2...badan pon dah pakai minyak wangi, last minit orang tu call cakap tak jadi datang nak jumpa korang?? ahahaha, kalau korang pernah rasa situasi ni, ape lagi, ce cter ce cter. huhuhuhu
kalau korang tanye aku.. hahahhaa. memang aku pernah kene lah. benda ni berlaku mase aku tengah praktikal last year. perrrggghhh!!! mengamuk baii...!!! alasannye tak jumpe jalan umah aku sebab waktu malam. padahal die stay bangi lame lagi dari aku..boleh cakap tak jumpe jalan. nak menipu dengan penipu. memang aku mengamuk time tuh. aku dah siap baeeekkk punye boleh lak die macam tuh. lastly aku tau lah kenape die taknak jumpe aku. akakakakak dasar penipu besar budak nih. tak jumpe jalan lah ape lah tu semue alasan jek tuh. huhuhuhu
berhati-hati lah dalam berkawan ni ye kawan2
assalamualaikum...~~ ;D
Dicatat oleh cikcumy di 3/02/2011 02:56:00 PM 0 ulasan
Thursday, February 10, 2011
CIK CUMY KEMBALI...!!
ASSALAMUALAIKUM WBT .....!!!
hye u ollz.....!! sory sangat dah lame cik cumy tak update blog nye.. mesti u ollz bosan kan tenguk entry cik cumy ni tak berubah2. hehehehe. busy dengan assignment la. almaklumlah dah masuk kolej balik setelah selesai tugasan latihan industri a.k.a praktikal. ehehehhe.
cik cumy sehat2 saje... and.. dalam proses pengurusan badan. weeeeeeee~~~~~~
ni azam cik cumy tahun ni yang patut cik cumy laksanakan dengan jayanya. hehehe
okey lah. cik cumy ade keje ni... nanti de mase betol2 free cik cumy story mory kat u ollz k...!!
nantikan...!!!
heheheheh
luv u ollz...!!!
Dicatat oleh cikcumy di 2/10/2011 07:44:00 PM 0 ulasan
Tuesday, January 11, 2011
CIK CUMY HAPPY SHANGAATT...!!!
Dicatat oleh cikcumy di 1/11/2011 06:08:00 PM 0 ulasan
Saturday, January 8, 2011
Kenape Perlu Menipu Andai Tak Suka??
Dicatat oleh cikcumy di 1/08/2011 10:28:00 AM 0 ulasan
Friday, January 7, 2011
Kenape mesti aku nampak die??!!
Dicatat oleh cikcumy di 1/07/2011 08:33:00 PM 0 ulasan
OH! REPORT PRAKTIKAL
Dicatat oleh cikcumy di 1/07/2011 12:06:00 PM 0 ulasan
Saturday, January 1, 2011
Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia...
suasana yang dingin dan hujan di petang hari ini, pada 01/01/2011 ... aku nak ucapkan salam takziah pada keluarga Allahyarham Faizal Yusof yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.45 petang tadi akibat serangan jantung. Allahyarham Faizal meninggal di Hospital Pusrawi. Allahyarham Faizal adalah seorang pelakon yang kini meningkat naik. Allahyarham pernah berkahwin dengan pelakon Siti Nordiana atau Nana dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Al-Fatihah...~~~
Dicatat oleh cikcumy di 1/01/2011 06:50:00 PM 0 ulasan