Tuesday, February 7, 2012

JODOH DI TANGAN TUHAN, PERCAYA BAHAWA JODOH ITU ADA

assalamualaikum..wbt.


tibe2 teringat sesuatu yang berlaku kat diri eima nih. tapi bukan kat diri eima je, benda sama yang berlaku kat kawan facebook eima jugak.
cinta yang terlarang oleh orang tua, dan pasangan kami di jodohkan dengan orang lain.
sape yang pernah baca entry eima tentang eima nak pergi pahang masa hari raya tahun lepas, jumpe family si dia, so our relationship being like this right now.

eima tak tau apa silap eima apa kekurangan eima sampaikan ibu dia sanggup memisahkan kami, menjodohkan si dia dengan orang kampung si dia jugak.
berat untuk eima terima hakikat ni setelah sekian lama eima menunggu dia hadir dalam hidup eima. tapi eima percaya jodoh itu ada, dan mungkin jodoh eima bukan dengan die. mungkin kami ditakdirkan untuk menjadi sahabat baik buat selamanya.

sepanjang di bulan ramadhan, bulan yang mulia, eima berdoa, solat hajat yang tak putus2 supaya Allah menyatukan eima dengan dia, akhirnya kami di satukan, dan kami sama2 sependapat kalau ada jodoh kami akan bawa hubungan ini ke perhubungan yang halal yakni nikah. tapi jodoh mungkin bukan milik kami, akhirnya kami terpisah jua atas bukan kerelaan diri kami..

eima tak mampu untuk buat apa2 dan eima dah bersedia atas apa yang bakal berlaku. kalau benar perempuan tu jodoh si dia, eima harap perempuan tu dapat manjakan si dia macam mana arwah ayah si dia dan eima manjakan die. eima mahukan dia bahagia. insyaallah..

0 ulasan: