Puasa 1 – 10 Zulhijjah . 1 Zulhijjah Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah. 2 Zulhijjah Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. 3 Zulhijjah Doa Nabi Zakaria diper-kenankan Allah. 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. 5 Zulhijjah Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya. 6 Zulhijjah Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya. 7 Zulhijjah Pintu neraka jahanam akan di-kunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah. 8 Zulhijjah Dinamakan “Tarwiyah” (Hari berfikir). Nabi Ibrahim bermimpi men-\dapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. 9 Zulhijjah Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau mengerti. 1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya. 2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan. 3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir. 10 Zulhijjah Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Haram berpuasa pada hari ini. Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluarganya. Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.
Saturday, October 29, 2011
JOM BERPUASA DI BULAN ZULHIJJAH ..!
~~ SELAMAT BERAMAL...!! ^_^ ~~
Dicatat oleh cikcumy di 10/29/2011 12:43:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment