Tuesday, August 24, 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN

100 HARI SEBELUM KEMATIAN:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 HARI SEBELUM KEMATIAN:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 HARI SEBELUM KEMATIAN :

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 HARI SEBELUM KEMATIAN:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 HARI SEBELUM KEMATIAN:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR SEBELUM KEMATIAN:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

p/s: ingt mati ingat sakit ingatlah saat kau sulit, ingat2 hidup cuma satu kali....renung2kan lah

Thursday, August 5, 2010

oh TIDAAAAKKKKKK...!!!!!

kenapa ni????

yang pertama..sepanjang hidup aku, aku tak pernah amalkan cara hidup aku naik bas pergi mana-mana. tapi buat kesekian kalinya, lepas aku pindah rumah baru ni, aku kena lah pergi kerja naik bas then naik teksi. oh my God.. memang betul-betul boleh buat aku kurus sebab potong duit makan aku. keluar dari rumah nak ke pondok tunggu bas pulak dekat memang lah dekat, tapi penat juga nak menapak. nak naik rumah aku tu pulak berbukit, nak turun boleh lagi lah, kalau naik memang penat vs mengah. lagi-lagi badan chubby macam aku ni kan. tapi yang best nya, rumah aku dekat dengan KTM, so panjang lah langkah aku ni nanti. haha~~

yang kedua.. lepas naik teksi nak pergi office, aku dengan officemate aku turun dari teksi kat depan kedai makan. kitorang nak breakfast dulu sebelum masuk office. then kitorang pun breakfast lah sama-sama. lepas aku dah habis makan aku nak pergi basuh mulut kat sinki. tengah aku berjalan dengan penuh yakinnya, aku tak perasan ada air bertakung sikit kat lantai kedai tu, apa lagi aku nak tergelincir lah, nasib baik tak jatuh tersungkur kalau tak mesti aku di ketawakan. tergelincir tu pun ada yang dah gelakkan aku. officemate aku lagi ah, dah gelakkan aku. merah padam muka aku tahan malu. hmm~~

PENGAJARAN = JALAN PANDANG BAWAH

Monday, August 2, 2010

dapat present...!!!

wahhhh!!!! bestnya.....!! dapat hadiah dari officemate yang baru balik dari out station..! hehe~~

maklum lah, aku kan praktikal kat syarikat pelancongan, so officemate aku ni ada trip ke bandung. so dia beli kan aku dan kawan-kawan kat office aku ni t-shirt dari bandung. tapi t-shirt tu macam menyentuh sensitiviti rakyat malaysia je sebab kat depan t-shirt tu tulis I LOVE BANDUNG. huhuhu.. tapi apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kat firdaus.... yang dah belikan kitorang t-shirt ni. kalau ada siapa-siapa nampak aku pakai t-shirt tu, itulah t-shirt yang kawan aku belikan kat bandung. sebelum ni dapat key chain dari bandung, ex-officemate aku bagi masa trip dia ke bandung. yang paling mengejutkan aku, si firdaus tu beli seluar jeans original levi's kat bandung hanya berharga RM30..!! wow!!! ni yang membuatkan aku nak pergi bandung ni. huhu~~

nak hadiah lagi...!!! :p

shopping, shopping, dan ...???

hye hye hye..!! pagi isnin yang sgt mengembirakan aku sebab semalam pegi shopping kat shah alam.. apa yang aku nak beli semuanya dapat. nasib baik tak lari budget. banyak lagi lebih ni. haha~~

biasa lah kan, namanya pun orang perempuan, shopping memang hobi kegemaran lagi-lagi bila ada duit. aku pun bukannya selalu sangat shopping ni. setahun dua atau tiga kali je. aku beli pun benda yang penting-penting, benda yang aku gunakan. ehmm nak cerita sikit lah ni kan masa aku tengah tunggu kawan aku beli donut kat big apple kat SACC Mall, ada seorang budak datang kat aku. masa tu aku tengah telefon kawan aku. tapi dah budak tu datang kat aku dan tak nak pergi dari situ walaupun nampak aku tengah call orang, aku pun cakap kat kawan aku nanti aku call balik. then aku tanya lah budak lelaki tu dari mana, nak apa.. pastu dia cakap dia dari rumah anak yatim kat kedah dan nak minta derma sikit. so, aku yang ada duit lebih ni tak ada lah ragu-ragu sangat nak bagi dia derma kan. tapi masa dia bercakap dengan aku dia langsung tak nak pandang mata aku. ke sebab mata aku ni menakutkan sebab pakai eye liner. haha~~ kalau betul budak tu tak menipu, aku gak dapat pahala, tapi kalau budak tu menipu, dia yang dapat dosa. tapi lepas aku bagi derma tu aku lupa pula nak bagi dia duit belanja untuk diri dia. hmm kesian aku tenguk budak tu.

tapi aku berharap sangat yang budak tu jujur dengan aku.

berbalik pada shopping tadi, semalam aku puas bedal 3 perfume kat plaza alam sentral. 2 perfume yang sama, ralph lauren,ralph. 1 lagi tu perfume baru, apa entah namanya, aku lupa pulak. bau nya memang sedap. segar. rugi lak tak ambil perfume baru tu dua. hehehehe. beli lipstik aloe vera yang ikut warna darah kita. beli baju yang aku dah tunggu-tunggu nak beli dari tahun lepas, uisy!! macam-macam lagi lah.

kepada kaum perempuan..sekarang ada sale kat One Utama, so..apa lagi..!! shopping..!! (tengah menunngu hari nak pergi O.U)