Saturday, October 29, 2011

JOM BERPUASA DI BULAN ZULHIJJAH ..!

Puasa 1 – 10 Zulhijjah

.

1 Zulhijjah

Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah.

  • Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.

2 Zulhijjah

Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun.

  • Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa mela-kukan maksiat.

3 Zulhijjah

Doa Nabi Zakaria diper-kenankan Allah.

  • Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

4 Zulhijjah

Nabi Isa dilahirkan.

  • Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.

5 Zulhijjah

Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya.

  • Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 Zulhijjah

Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya.

  • Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.

7 Zulhijjah

Pintu neraka jahanam akan di-kunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah.

  • Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kem-dahan dan kesenangan.

8 Zulhijjah

Dinamakan “Tarwiyah” (Hari berfikir). Nabi Ibrahim bermimpi men-\dapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.

  • Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.

9 Zulhijjah

Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau mengerti.

1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya. 2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.

3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir.


  • Sesiapa berpuasa pada hari itu akan di-ampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

10 Zulhijjah

Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Haram berpuasa pada hari ini. Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluarganya. Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.

  • Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.

~~ SELAMAT BERAMAL...!! ^_^ ~~

Friday, October 21, 2011

STUDENT SHIPPING

SAJE JEK NAK KASI TAU.. SKANG NI SY DAH JADI STUDENT PERKAPALAAAAANNNNN....!!! EHEHEHEHEH KAT RANACO EDUCATION AND TRAINING INSTITUTE.. SO FAR BARU SEMINGGU MASUK SINI, AND TAKAT NI OKAY LAH KOT, YANG PENTING STUDY BEST TAK BYK SUBJEK MACAM MASE JADI STUDENT TOURISM DULU..


yippppppiiiiiiiiiiiiiiii.......~~