Saturday, October 29, 2011

JOM BERPUASA DI BULAN ZULHIJJAH ..!

Puasa 1 – 10 Zulhijjah

.

1 Zulhijjah

Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah.

  • Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.

2 Zulhijjah

Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun.

  • Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa mela-kukan maksiat.

3 Zulhijjah

Doa Nabi Zakaria diper-kenankan Allah.

  • Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

4 Zulhijjah

Nabi Isa dilahirkan.

  • Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.

5 Zulhijjah

Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya.

  • Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 Zulhijjah

Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya.

  • Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.

7 Zulhijjah

Pintu neraka jahanam akan di-kunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah.

  • Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kem-dahan dan kesenangan.

8 Zulhijjah

Dinamakan “Tarwiyah” (Hari berfikir). Nabi Ibrahim bermimpi men-\dapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.

  • Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.

9 Zulhijjah

Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau mengerti.

1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya. 2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.

3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir.


  • Sesiapa berpuasa pada hari itu akan di-ampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

10 Zulhijjah

Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Haram berpuasa pada hari ini. Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluarganya. Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.

  • Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.

~~ SELAMAT BERAMAL...!! ^_^ ~~

Friday, October 21, 2011

STUDENT SHIPPING

SAJE JEK NAK KASI TAU.. SKANG NI SY DAH JADI STUDENT PERKAPALAAAAANNNNN....!!! EHEHEHEHEH KAT RANACO EDUCATION AND TRAINING INSTITUTE.. SO FAR BARU SEMINGGU MASUK SINI, AND TAKAT NI OKAY LAH KOT, YANG PENTING STUDY BEST TAK BYK SUBJEK MACAM MASE JADI STUDENT TOURISM DULU..


yippppppiiiiiiiiiiiiiiii.......~~

Friday, September 23, 2011

BERI PELUANG PD MEREKA

assalamualaikum.. lame dah tak update blog nih, berhabuk dah,
now ema tgh tgk cerita AMPUNKAN DAKU at TV3.. citer ni pasal penduduk kat kewaja.. sebelum ni ema pernah berfikir yang penduduk di KEWAJA ni kesemuanya terlanjur sebab sikap diri yang terlalu mengikutkan nafsu.. tp ema slh, tak semua mereka sebegitu, ada yang antara mereka di rogol secara paksa.. pusat KEWAJA yang ditubuhkan utk melindungi kaum wanita.. seriusly sape-sape yg tengok cerite ni kalau betol-betol menghayati isi cerita ni, confirm dia akan mengalirkan air mate..

p/s : kawal nafsu kite... jgn biarkan diri menjadi hamba kepada lelaki yang bukan suami kite.. :'(

Thursday, September 8, 2011

HADIAH RAMADHAN

Assalamualaikum wbt kepada pembaca setia blog eima.. terlebih dahulu eima nak ucapkan syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana eima masih lagi di beri peluang utk hidup di bumi Allah yg indah ini. dan bersyukur ke hadrat Ilahi, di atas doa eima yg tak putus2 sepanjang bulan ramadhan ni eima menerima hadiah yg sangat bernilai dr Allah swt di akhir Ramadhan. eima menerima seorang insan yg telah bersahabat lama dengan eima tetapi akhirnya kini telah menjadi insan istimewa dlm ht eima. kini eima mengharapkan redha dr Allah swt dan restu dr-Nya serta redha dan restu dari keluarga kami. die adalah hadiah yg bernilai dlm hidup eima. semoge hubungan ini kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat dan semoge hubungan ini di redhai.. dan di permudahkan segala urusan kami untuk bersatu sebagai suami isteri.

sabtu ni eima akan berangkat ke pahang untuk bertemu dengan keluarga pihak lelaki. semoge di permudahkan perjalanan kami pergi dan pulang... amin ya rabbal alamin... ~~

Thursday, August 11, 2011

KUIH GLAMOUR DI MALAYSIA

assalamualaikum...!!! eheheh nak tau tak name-name kuih yang terkenal kat malaysia nih, haaaaa!! ni antare senarai name kuih yang terkenal lah kat malaysia di serata negeri....

kuih paling gangster - lompat tikam
kuih paling sexy - puteri mandi
kuih paling keji - taik itik
Kuih bajet cute - cek mek molek
kuih untuk awet muda - seri muka......
kuih paling alim - kuih ketayap
kuih penyakit lelaki kronik - batang buruk
kuih suka pukul - kuih lompang
kuih dalam zoo - badak berendam
kuih untuk sam polis trafik - kuih sampreeeeettttt
kuih yg bangun sendiri - kuih bangkit
kuih org ta mandi - kuih bau-lu
kuih paling tenteram - kuih makmur



kikikiki jgn marah haaa..... actually ni copy and paste from my member facebook eima... hihik ;D

ISTIQARAH CINTA


✿ Jangan katakan cinta melalui sms kerana sms boleh dihapus
✿ Jangan katakan cinta melalui bunga kerana bunga boleh layu
✿ Jangan katakan cinta melalui kertas krana kertas boleh dibuang
✿ Jangan katakan cinta melalui ciuman kerana ciuman itu dosa

~♥~ Katakanlah cinta melalui hati dalam istiqarah cintamu pada Ilahi Rabbi ~♥~

subhnallah indahnya.... ;)

Wednesday, August 10, 2011

IKLAN SHAMPOO CLEAR..

assalamualaikum...wbt.. ape khabar semua.. harap sehat-sehat aja yaa..

erhmm berkenaan dengan iklan shampoo CLEAR yang iklannye tersergam indah di tayangkan di TV 3... dalam iklan tu ade menyatakan.. 'DUNIA AKAN KIAMAT 2012, SIAPA TAHU?' .. WOW!!! amat memeranjatkan eima..! why must she said like that , dan kenape tiade siape yang menghalang iklan tu terus di siarkan. and i think bukan salah model tu jugak, tapi siapa yang membuat skrip iklan itu macam tu?? bagi eima ia sesuatu yang sensitif. ok, let see, 2012 dunia akan berakhir, so lebih mementingkan penjagaan rambut dr kelemumur ke bebanding menjaga aurat, menutup kepala dan membuat amal kepada Allah kerana ini yang akan di bawa di akhirat nanti, bukannye SHAMPOO CLEAR tuh!! huh! kepada pihak bertanggungjawab, please la alert dengan bende nih.!

( amat marah!! )

Tuesday, August 9, 2011

SI HERO...!!

ting ting ting...!! tora datang lagiii...!! adeh, ngeeeeeeeeeeee~~~


SI HERO..??? siape HERO nih?? erhmm once upon a time... eh, baru-baru ni.. eima bawak anak-anak buah ronda-ronda kampung naik motor. eima bawak due orang, si abang dan si adek. si abang namenye irfan (panggil ifan jek), si adik namenye zafran (panggil adek jek). sambil tengah bawak motor tuh, si ifan yg duduk kat belakang eima sambil pegang baju eima kuat-kuat tu pon rancak lah berborak dengan eima. dari satu lorong ke satu lorong perumahan yang eima masuk, sampailah kami ternampak seekor anjing!! jadi di sini bermula lah kisahnye....

ifan: ucu..!! ari tu kan, kawan ifan kene kejar dengan HERO....

eima: (hero???) kenape die kene kejar dengan hero?

ifan: die main beskal, pastu beskal die tertinggal kat umah hero... die nak pegi ambek beskal tu, pastu Hero marah Hero kejar lah die.

eima: fan, sape Hero tu?

ifan: Hero tu anjing lah ucu.....!

eima: kenape panggil die Hero?? die ensem ke?

ifan: ha'ah... name die Hero sebab die ketua...

hurrmmmm anjing rupenye, then ade due ekor lagi name anjing yg eima lupe, hadooooiii memang kelakar name due ekor anjing nih, boleyh terlupe la pulak...!

KICAP SAHABAT TEDDY BEAR


assalamualaikum...!! sehat ke para pembace blog kekasih eima nih, eima sehat2 jek, alhamdulillah.

entry kali ni mengenai gelagat anak-anak kucing eima yang suke sangat tidur di sebalik teddy bear kepunyaan eima. erhmm mungkin di sebalik teddy tuh mereka selesa kot, jadi di sebalik teddy tu lah jadinye tempat permainan dan tempat tidur anak-anak kucing tuh, kenape?? tak pe caye??? erhmm kat bawah ni ade gambarnye....

TAAADAAAAAA......!!!!


name anak kucing ni kicap,,..!! ehehe sebab kaler bulu die itam. then ade due ekor lagi anak kucing, sekor kaler putih susu namenye susu dan sekor lagi kaler campur2 and ade kaler kuning namenye kunyit..! ehehe name masakan sempena ramadhan, hehek ;D

HATI

assalamualaikum wbt... salam sejahtera salam satu malaysia, wah!! dah macam nak buat presentation mase kat kolej pulak, ehehehe.

erhmm tibe2 datang idea jiwang lak nak post untuk entry kali ni.

HATI. ape kate hati? macam2 hati ni berkate, tapi tak di nafikan, hati selalu berkata negatif dan otak mengingatkan untuk berfikir positif. tahniah kepada otak yang berjaya mengawal kate hati. tibe2 eima teringat satu mase dahulu (baru2 ni jek) eima pernah berdebat dengan seseorang tentang 'COUPLE'. hamba Allah ni mintak hati eima kembali terbuka untuk menerima seseorang dalam hidup, tp pada eima mase tu eima berkeras tak nak dan ternyata dalam islam 'couple' adalah haram. sebab couple boleh penyebab kepada penzinaan. walaupon tak berjumpa, tak keluar bersama, tapi zina tetap ada iaitu ZINA HATI. tapi kite semua manusia biase yang sukar untuk lari dari hati dan prasaan pada seseorang. bukan mudah untuk kite menafikan atau menyingkirkan perasaan yang telah terbuku dalam hati yang di anugerahkan oleh Allah swt. tapi pada pendapat eima, jika hati sudah menyatakan sebegitu, jalankan lah saje pernikahan untuk due hati, ini lebih mulia daripada bercinta lame2 tapi tiada apa2.
maaf kalau eima ade tersalah kate.

p/s: eima sendiri menunggu waktu untuk di satukan.

Tuesday, August 2, 2011

KEHEBATAN DOA

Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).

Pelajaran dari cerita di atas: Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita!

(i.luv.islam)

Saturday, July 30, 2011

ADAB KETIKA BERPUASA

setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ialah :


1) menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kene mengena dengannya.

2) memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syariat dan yang sia-sia.

3) mengawal perutnya daripada merasai makanan dan minuman yang mengandungi unsur syubhah terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

4) berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.

5) elakkan banyak tidur pada siang hari dan makan pada malamnya. malah, bersederhanalah kepada keduanya bagi menyelami kejerihan rasa lapar dan dahaga.


p/s : Perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Biasanya ia disebabkan oleh faktor pertentangan dua dalil ataupun kerana tiada dalil/nas yang terang/sorih.

SELAMAT DATANG.. RAMADHAN AL MUBARAK...

assalamualaikum....


menghitung hari nak berada dalam bulan ramadhan, tinggal satu hari jek lagi. insyaallah ari isnin 1 august 2011 bersamaan 1 Ramadhan seluruh umat islam akan menjalankan ibadah wajib iaitu puasa. haaa!! pada yang selalu ponteng2 puase tuh buatlah azam baru untuk tahun ni berpuase penuh, kecuali pada mereka yang tak di wajibkan berpuase je lah ea, paham2 je lah, hihik.
semoga bulan ramadhan tahun ini akan memberi keberkatan dan seribu erti dalam hidup kite. semoge dalam bulan ramadhan ini juga kita akan mendapat hidayah dr-Nya. insyaAllah...

sedikit ilmu pengetahuan untuk semua :

kita biasa dengar dgn PUASA 6 bukan? selepas berpuasa (wajib ) sebulan Ramadhan, umat Islam sangat di galakkan berpuasa sunat enam hari dalam bulan syawal. harinya ialah selepas berhari raya Aidilfitri sekurang-kurangnya sehari; boleh dilakukan berturut-turut atau berselalng seli. yang afdalnya di mulai dua hingga tujuh syawal.

selamat beramal... selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.. :)

Tuesday, June 14, 2011

:: BETOL KE AKU DAH ABES STUDY NI ::

dari semalam aku pikir.. rasenye aku baru jek abes orientasi semester 1. hurmm cepatnye mase berlalu kan, umor pon makin meningkat dah skarang. last semester, mlm td event dinner pra graduasi berlangsung.. sedeyh bile tgk muke kwan2 sume, ntah bile lah dapat jumpe lagi. jumpe dalam facebook je la jwpnye. tp tak same ngn jumpe realiti. nak tunggu majlis konvokesyen tahun depan lambat la pulak. time tu jek la dapat jumpe lagi.
sedeyh nak kene tinggalkan kawan2, dan lg sedeyh dah berjauhan dengan DIA... :'(



~~tak tau dah nak sambung tulis pe lg tuk entry ni, i'm crying ...~~

Wednesday, June 8, 2011

:: PLEASE COME BACK TO ME ..::

lantak lah orang nak ckp aku ni terhegeh2 ke ape..
tp kalau boleh aku nak die kembali balik kat aku macam dulu..
aku terlalu perlukan die,
hurmmm plz come back to me..!!

:: jangan kau pergi untuk meninggalkan aku, aku di sini dengan sejuta cinta untukmu...::

~~arrrggghhhh...!!! stress..!!~~

Monday, May 30, 2011

:: WEDDING MY BRO AND MY SIS .. ::

tanggal 8 MEI 2011.. berlangsungnya majlis kenduri kahwin abang dan kakak kite... dan majlis cukur jambul anak buah kesayangan .. MIA ADRIANA.. so kat bawah ni ade gambar2 sepanjang majlis berlangsung, hanya sebahagian sahaja, ehehhe


:: majlis cukur jambul MIA ADRIANA ::


:: my family (due org anak buah xde dlm ni,tidur) ::


:: my bro with his wife ::


:: with mom ::


:: salam2 :: :)


:: me jadi pengapit, kekok. hihihi ::


:: selepas majlis akad nikah kat masjid ::


p/s: siket2 jek.. selebihnya on fb .. ehehehe ;D

:: KEBAHAGIAAN TAK SELAMANYA INDAH ::

meng-update blog setelah sekian lame menyepi...
(kembali dengan mood sedih, apa daaaa )

kebahagiaan tak selamanya indah?? kenape cik cumy ni? tibe2 jek.. (errmmm frust putus cinta )
ooowwwhhhh.. ehehe cik cumy bercinta?? giler ah.

erhmm paling menyedihkan coz couple time my birthday yg ke 20 tahun, ingatkan ni kebahagiaan yang kekal abadi yang di cari selama ni. tapi semuanya berakhir setelah baru beberapa bulan ber-couple. semua berlaku sekelip mata. kesetiaan yang di beri, kekecewaan yang di terima. mungkin die bukan jodoh sy, tp sy malu dengan keluarga sebab die dah berjumpa dengan keluarga dan bermalam di rumah keluarga sebab penat ambil sy kat kolej. hurrmm. dia insan yg sy harapkan tp ni yang die bg kat sy.. PERPISAHAN.
perit, tp ni yang sy perlu hadapi. tinggalkan sy tanpa pesan, tanpa berbicara walau sepatah. ape salah sy?? apa dosa sy?? apa kekurangan sy?? setiap malam menangis kenangkan semua ni. perkara berlaku time final exam untuk last semester. agak sukar nak lalui, tp tabahkan ht jugak. cik cumy yg org kenal dengan sikap periang, tibe2 berubah muram bile diri keseorangan. benar.. orang yang periang sememangnya selalu selindungkan kesedihan di hadapan semua orang.
berdiri di kaki sendiri untuk kuatkan semangat.

IT'S ME... :')

Tuesday, April 26, 2011

KORANG ADE TAK...??

ape yg ade ape yg tak ade ni....
haa ni ler awok nak kabor ni...
mase kolej aku de nak wat ari keusahawanan peringkat kebangsaan baru2 ni, aku ngan kawan2 aku yang len tolong la lecturer kitorang angkat2 barang... then aku dengan kawan aku terjumpe lah botol air mineral yang ade sticker kolej aku...
ahahahahha tak ku sangka tak ku duga... kolej aku de botol air mineral sendiri...
tempat korang belajar de x???
korang x caye??? aku de buktinye.....


ni die buktinyeee.... see..!! ahahahahah

Friday, March 4, 2011

KHAS UTK BLOGGER BARU ....

aku pon baru je blaja bende ni...
so pade blogger-blogger baru yang nak mantop kan lagi die punye blog, semuanye ade kat sini
klik je link ni... http://tutorialuntukblog.blogspot.com/

Wednesday, March 2, 2011

SAKIT HATI OR BENGANG???

haaa....!!! cik cumy kembali lagi dgn entry barunye.....
hehehehe
kenape sakit hati atau bengang ni?? bukannye ape... i just nak tau perasaan korang dalam satu situasi ni di mana perjumpaan (dating) korang tibe2 di batalkan atau senang citer tak jadi la...
korang pernah rasa tak, korang dah siap2 nak jumpe ni, korang dah mandi wangi2...dah mekap cantik2...badan pon dah pakai minyak wangi, last minit orang tu call cakap tak jadi datang nak jumpa korang?? ahahaha, kalau korang pernah rasa situasi ni, ape lagi, ce cter ce cter. huhuhuhu

kalau korang tanye aku.. hahahhaa. memang aku pernah kene lah. benda ni berlaku mase aku tengah praktikal last year. perrrggghhh!!! mengamuk baii...!!! alasannye tak jumpe jalan umah aku sebab waktu malam. padahal die stay bangi lame lagi dari aku..boleh cakap tak jumpe jalan. nak menipu dengan penipu. memang aku mengamuk time tuh. aku dah siap baeeekkk punye boleh lak die macam tuh. lastly aku tau lah kenape die taknak jumpe aku. akakakakak dasar penipu besar budak nih. tak jumpe jalan lah ape lah tu semue alasan jek tuh. huhuhuhu
berhati-hati lah dalam berkawan ni ye kawan2
assalamualaikum...~~ ;D

Thursday, February 10, 2011

CIK CUMY KEMBALI...!!

ASSALAMUALAIKUM WBT .....!!!

hye u ollz.....!! sory sangat dah lame cik cumy tak update blog nye.. mesti u ollz bosan kan tenguk entry cik cumy ni tak berubah2. hehehehe. busy dengan assignment la. almaklumlah dah masuk kolej balik setelah selesai tugasan latihan industri a.k.a praktikal. ehehehhe.

cik cumy sehat2 saje... and.. dalam proses pengurusan badan. weeeeeeee~~~~~~

ni azam cik cumy tahun ni yang patut cik cumy laksanakan dengan jayanya. hehehe

okey lah. cik cumy ade keje ni... nanti de mase betol2 free cik cumy story mory kat u ollz k...!!
nantikan...!!!
heheheheh
luv u ollz...!!!

Tuesday, January 11, 2011

CIK CUMY HAPPY SHANGAATT...!!!

HOOOOREEEEEEYYYY.....!!!!~~~~~

akhirnye report praktikal aku lepas jugak.... kikikiki. hepi sangat2 coz ni kali keempat hantar report praktikal baru di terima.... hehehehe. dengan report yang aku print RM16.30 sen akhirnye terima jugak report aku ni, so... borang report aku sudah rasmi di cop PENDAFTARAN LULUS..!! hahahaha bahagianyaaaa...!! alhamdulillah... syukur sangat2.

report yang kene reject tu tunggu mase untuk aku bakar. print report je aku dah abes RM50 lebih.... hmmm naseb badan...


p/s: mintak tolong member cucuk kan duit kat bank, TER bagi pin code salah.. adeh. duit tggal 50sen lam wallet!! oh nooo

Saturday, January 8, 2011

Kenape Perlu Menipu Andai Tak Suka??

buat pertama kalinya aku letak entry yang macam hampir nak ke jiwang karatz ni. ahax!
em, aku de suke kat someone ni and kitorang berkawan. aku memang suke die and die pon de gak lah bagi hint. die janji hari ni nak jumpe aku. dari minggu lepas lagi die janji. then seminggu aku contact die tak dapat, aku send mesej kat inbox facebook die, die balas, die cakap handphone tertinggal kat umah makcik die. ok fine aku boleh terima. then td bangun tido aku terus on9 facebook aku tengok die ade on9 gune handphone!!! OMG! **ck!

KALAU TAK SUKE TU CAKAP JE LAH TERUS TERANG TAK PAYAH SAMPAI NAK MENIPU!!

aku memang tak suke and sakit hati sangat2 kalau orang menipu aku!

Friday, January 7, 2011

Kenape mesti aku nampak die??!!

subhanallah.... astaghfirullahal'azim.....

ni yang dapat aku ungkapkan mase aku ternampak si dia. si dia yang bakal jd teman dalam hidup aku tapi akhirnya tak kesampaian. kitorang tak pernah berjumpa, dan tadi mase aku dengan housemate nak balik rumah, kitorang dari pekan banting jap beli barang. tak di sangka2 aku terserempak dengan kereta si dia. aku kenal sebab aku ingat nombor plat kereta si dia. bila aku tengok, memang betol si dia. berbaju warna merah and berkaca mata hitam. pergghhhh!! ayat aku. tapi memang betol tu si dia. aku tak sangka sangat2 and aku terpikir kenapa perlu untuk Tuhan nampakkan mataku pada si dia andai memang kami tiada jodoh atau sebaliknya. si dia memang menetap di banting and si dia sebenarnya yang pernah membuka pintu hatiku untuk mencintai dan di cintai. tapi sekarang semua hanya tinggal kenangan. but thanks so much to ALLAH SWT kerana mengalihkan mataku pada si dia... :"(

OH! REPORT PRAKTIKAL

lepas 6 bulan aku praktikal kat agensi pelancongan di Bangi, bermula lah semula tanggungjawab aku kat Kolej Komuniti Kuala Langat.. Masuk study balik untuk smesester 4.! LAST SEM..!! YAHOOO.....!! hehehe. yahoo2 gak, tunggu mase je lah hadap keje yang melambak.

lepas habis praktikal, macam biasa lah, student kene buat buku laporan or a.k.a report..!
permulaan buat confirm kene reject bukan sebab ape pon, tapi hanya sebab SPACING!! oh noo....!! report aku kene reject sebab spacing and margins. so takpelah, now dah edit balik.

hari ni kene hantar report yang dah di edit, hope tak kene reject...!! amin..~~~

Saturday, January 1, 2011

Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia...

suasana yang dingin dan hujan di petang hari ini, pada 01/01/2011 ... aku nak ucapkan salam takziah pada keluarga Allahyarham Faizal Yusof yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.45 petang tadi akibat serangan jantung. Allahyarham Faizal meninggal di Hospital Pusrawi. Allahyarham Faizal adalah seorang pelakon yang kini meningkat naik. Allahyarham pernah berkahwin dengan pelakon Siti Nordiana atau Nana dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Al-Fatihah...~~~