Tuesday, August 9, 2011

KICAP SAHABAT TEDDY BEAR


assalamualaikum...!! sehat ke para pembace blog kekasih eima nih, eima sehat2 jek, alhamdulillah.

entry kali ni mengenai gelagat anak-anak kucing eima yang suke sangat tidur di sebalik teddy bear kepunyaan eima. erhmm mungkin di sebalik teddy tuh mereka selesa kot, jadi di sebalik teddy tu lah jadinye tempat permainan dan tempat tidur anak-anak kucing tuh, kenape?? tak pe caye??? erhmm kat bawah ni ade gambarnye....

TAAADAAAAAA......!!!!


name anak kucing ni kicap,,..!! ehehe sebab kaler bulu die itam. then ade due ekor lagi anak kucing, sekor kaler putih susu namenye susu dan sekor lagi kaler campur2 and ade kaler kuning namenye kunyit..! ehehe name masakan sempena ramadhan, hehek ;D

HATI

assalamualaikum wbt... salam sejahtera salam satu malaysia, wah!! dah macam nak buat presentation mase kat kolej pulak, ehehehe.

erhmm tibe2 datang idea jiwang lak nak post untuk entry kali ni.

HATI. ape kate hati? macam2 hati ni berkate, tapi tak di nafikan, hati selalu berkata negatif dan otak mengingatkan untuk berfikir positif. tahniah kepada otak yang berjaya mengawal kate hati. tibe2 eima teringat satu mase dahulu (baru2 ni jek) eima pernah berdebat dengan seseorang tentang 'COUPLE'. hamba Allah ni mintak hati eima kembali terbuka untuk menerima seseorang dalam hidup, tp pada eima mase tu eima berkeras tak nak dan ternyata dalam islam 'couple' adalah haram. sebab couple boleh penyebab kepada penzinaan. walaupon tak berjumpa, tak keluar bersama, tapi zina tetap ada iaitu ZINA HATI. tapi kite semua manusia biase yang sukar untuk lari dari hati dan prasaan pada seseorang. bukan mudah untuk kite menafikan atau menyingkirkan perasaan yang telah terbuku dalam hati yang di anugerahkan oleh Allah swt. tapi pada pendapat eima, jika hati sudah menyatakan sebegitu, jalankan lah saje pernikahan untuk due hati, ini lebih mulia daripada bercinta lame2 tapi tiada apa2.
maaf kalau eima ade tersalah kate.

p/s: eima sendiri menunggu waktu untuk di satukan.

Tuesday, August 2, 2011

KEHEBATAN DOA

Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).

Pelajaran dari cerita di atas: Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita!

(i.luv.islam)

Saturday, July 30, 2011

ADAB KETIKA BERPUASA

setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ialah :


1) menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kene mengena dengannya.

2) memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syariat dan yang sia-sia.

3) mengawal perutnya daripada merasai makanan dan minuman yang mengandungi unsur syubhah terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

4) berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.

5) elakkan banyak tidur pada siang hari dan makan pada malamnya. malah, bersederhanalah kepada keduanya bagi menyelami kejerihan rasa lapar dan dahaga.


p/s : Perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Biasanya ia disebabkan oleh faktor pertentangan dua dalil ataupun kerana tiada dalil/nas yang terang/sorih.

SELAMAT DATANG.. RAMADHAN AL MUBARAK...

assalamualaikum....


menghitung hari nak berada dalam bulan ramadhan, tinggal satu hari jek lagi. insyaallah ari isnin 1 august 2011 bersamaan 1 Ramadhan seluruh umat islam akan menjalankan ibadah wajib iaitu puasa. haaa!! pada yang selalu ponteng2 puase tuh buatlah azam baru untuk tahun ni berpuase penuh, kecuali pada mereka yang tak di wajibkan berpuase je lah ea, paham2 je lah, hihik.
semoga bulan ramadhan tahun ini akan memberi keberkatan dan seribu erti dalam hidup kite. semoge dalam bulan ramadhan ini juga kita akan mendapat hidayah dr-Nya. insyaAllah...

sedikit ilmu pengetahuan untuk semua :

kita biasa dengar dgn PUASA 6 bukan? selepas berpuasa (wajib ) sebulan Ramadhan, umat Islam sangat di galakkan berpuasa sunat enam hari dalam bulan syawal. harinya ialah selepas berhari raya Aidilfitri sekurang-kurangnya sehari; boleh dilakukan berturut-turut atau berselalng seli. yang afdalnya di mulai dua hingga tujuh syawal.

selamat beramal... selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.. :)