Monday, December 6, 2010

CERITA AKU KAT MELAKA, 03 DEC 2010 - 05 DEC 2010

huwaaaarrrggghhh penatnyeee..nak g keje pon malas jek, semalam baru je balik dari bercuti kat melaka. pagi jumaat aku bangun awal2 pagi nak ambek train ke shah alam. kat umah dah plan baik punye nak beli tiket terus ke shah alam, coz rm5 je. then aku pegi lah kat mesin tiket ktm ukm, time tu aku ingat yang aku nak beli tiket terus ke shah alam, dah memandangkan kat mesin tak boleh bagi balance aku, aku pegi lah beli tiket kat kaunter. time aku tengah beratur belakang sorang mamat ni, aku dengar mamat ni nak beli tiket ke kl sentral, yang aku ni plak, otak entah kemane, sampai je giliran aku, aku pegi cakap yang aku nak tiket ke kl sentral, adusss!!!! dah lari budget aku, pe nak buat, tak kan nak patah balik tukar tiket plak, redha je la...naseb baek aku dah beli tiket bas.

lepas aku selamat sampai di shah alam, aku naik teksi ke stesyen bas seksyen 17. dalam wallet aku time tu ade rm7 je..!! aku lupe nak cucuk duit hari khamis tu. huhuhuhu, time ni aku tawakal je, mintak2 lah cukup, ALHAMDULILLAH...duit teksi aku kene rm5.80 ... aku bg uncle tu rm6, aku halalkan 0.20 sen. nasib baik tiket bas aku dah beli seminggu sebelum aku bertolak. aku pon tunggu lah bas kat stesyen tu sampai bas aku sampai. aku naik bas double dacker transnasional, aku duduk tingkat atas. masuk dalam bas, dapat tempat duduk, aku terus tido. ngantok gler, malam tu aku tido lambat. sampai plak kat melaka sentral pukul 3 setengah lebih, balak member aku ni plak suruh aku tunggu kat situ sampai dia datang, dia ade keje siket. okay lah, aku boleh terime, and aku ronda2 dulu kat melaka sentral tu, aku beli lah ape yang aku nak beli. so...ade hikmahnye nape duit aku banyak abes kat melaka sentral tu sebelum aku dapat jalan-jalan kat bandaraya melaka. nak tau kenapa?? hahha.. nak tau, bace sampai abes. then MR GENJI a.k.a balak member aku ni, ambek aku pukul 5.30 petang, berape lame aku tunggu, seriously, bontot aku kebas time tu duduk lame2. penat tunggu orang lame sgt tanpa buat apa2. tapi takpe lah, aku maafkan, jalan jem, maklum lah, dah petang, rumah die pon kat jasin, bukannye dekat sangat dengan melaka sentral. dia datang ambek aku dengan adek die..Amir and kawan die..kitorang panggil Ah Teng (si pemandu), die ni melayu, korang jangan sangka die cina plak. so dalam kereta tu ade 3 boy and aku. pergghh..!! cari maut. so okay lah, as a friend. then kitorang terus gerak ke Bukit Rambai, ambek kawan aku, Ieja (awek Genji). sampai kat Bukit Rambai pukul 6.30 petang. punye lah susah nak cari rumah mak angkat Ieja ni. dengan kesabaran yang Ah Teng ade, kitorang mencari dan terus mencari akhirnye sampai lah kami di rumah mak angkat Ieja di Taman Bukit Rambai Indah, Melaka. mak angkat die suruh kitorang masuk dulu, minum2. yang jejaka2 tampan semua ni (Ah Teng paling ensem!!) malu2. tapi akhirnya masuk jugak lepas dorang abes 'berasap' kat luar rumah.

pukul 7 petang, kitorang mulakan perjalanan kitorang ke tempat penginapan aku dan Ieja. rumah yang kitorang nak tumpang sepanjang kitorang kat Melaka ni rumah sewa student Kolej Komuniti Selandar. so taman perumahannya betul2 depan Kolej ni. actually ni rumah sewa awek Amir, Fatin namenye or kitorang panggil die Aten. so dalam pukul 8 malam kitorang sampai lah kat Taman Jus Perdana, Selandar. kitorang stay lah situ selama 3 hari 2 malam. sampai je kat rumah tu, aku rehat2 jap dengan Ieja, Aten dah keluar dulu dengan Amir. lepas aku mandi, Genji call suruh kitorang datang kedai makan kat depan taman perumahan ni. kebetulan aku memang lapar sangat dari pagi aku tak makan nasi. malam tu kitorang memang plan nak keluar lepas makan..tapi Ah Teng plak dapat call dari kawan die suruh ambek kat Seremban. kawan die ni nak balik Melaka, tapi dah tengah malam takde bas ke Melaka, Ah Teng yang tengah letih sangat2 tu kena pegi jugak lah ambek dorang kat Seremban, Genji temankan. lepas Ah Teng dengan Genji hantar kitorang kat rumah, dorang terus gerak pergi Seremban. diorang suruh kitorang tido dulu, so aku tido ah dulu. nikmatnyeeeeee.....~~~

pukul 2.30 pagi Ieja dapat mesej dari Genji. Genji suruh kitorang bersiap, die dah nak sampai. aku bangun, gosok gigi, basuh muka, terus bersiap. destinasi pertama kitorang awal pagi tu ialah kat Dataran. alaa..kat kapal yang besar tu. kitorang lepak tepi sungai laluan cruise and bot. kitorang lepak tak ramai, 2 kereta je, so semuanya dalam 9 orang, termasuk Amir dengan Aten and kawan2 kolej Aten. tak lama kitorang lepak kat situ, then kitorang pergi lepak kat tepi pantai (de batu2, xde pasir pantai) kat tempat Eye On Malaysia dulu tu. sekarang dah takde dah. yang couple dating lah dengan couple diorang. aku dengan Ah Teng je bukan couple, so kitorang lah ber'dating', hahahaha. Ah Teng ah temankan aku sepanjang aku kat sane, takkan aku nak kacau daun Ieja plak kan. kitorang duduk lah kat batu2 kat situ sambil tengok bintang2, banyak bintang hari tu, cuaca memang baik. lepas lepak kat situ, kitorang lepak kat maple, minum2, makan2. pup pap pup pap, masing2 gerak balik rumah, sampai rumah pukul 6.15 pagi. ambek kau..!! hahaha. relax jap, borak2 dengan Aten, gelak2, dah penat, masing2 masuk bilik, tido.

pukul 2 petang baru bangun..!!! letih dowh, lagi2 aku ni, sampai dari KL tak rehat pon. hari sabtu tu keluar kejap je pergi beli tiket. aku, Ieja, Ah Teng dengan Genji. sampai kat Melaka Sentral, aku dengan Ah Teng turun pergi beli tiket bas. lepas beli tiket bas, pergi jasin plak, ambek kek untuk wedding (family angkat Ah Teng). lepas ambek kek, diorang terus hantar kitorang balik, hari sabtu tu tak keluar melepak pun, family angkat Ah Teng ade kenduri kawen. so takpe lah, kalau kitorang keluar malam tu pun kitorang tak dapat keluar dari kereta, satu Melaka hujan malam tu.

besoknye, hari Ahad, 5 Dec 2010, aku dengan Ieja dah nak berangkat pulang ke Shah Alam. Ah Teng dengan Genji hantar kitorang kat Melaka Sentral, Amir tak ikot, malam tu die keluar dengan Aten, balik lambat, huhuhu. sampai kat Melaka Sentral dalam pukul 11.50am macam tu, lepak2 jap dalam kereta sampai pukul 12.20am baru lah kitorang keluar dari kereta, bersalam perpisahan, kami semua beredar bawa haluan masing2. bye Melaka.... :'(

perkara yang aku kesal sepanjang aku kat Melaka:-
1) tak dapat berjalan kat bandaraya Melaka
2) tak snap gambar sepanjang aku kat sane.
3) terlupa nak snap gambar dengan Ah Teng, (arrghhhhh)

shedih shangat...!! :'(




0 ulasan: