Wednesday, December 8, 2010

kenapa ade orang panggil aku ADUN..???

nak tau kenape?? hahahaha.
name ni dapat dari kawan kolej aku, yaya. senang citer die ni kawan satu kolej, satu kelas, satu rumah, satu bilik, satu tempat praktikal, ha ambek kau. cukup pakej, lengkap. bermulanye name ADUN ni mase mule2 aku nak daftar masuk kolej tahun 2009. time tu aku nak daftar, aku duduk lah sorang2 kat kerusi tunggu giliran, sambil2 tu tangan aku tak lepas pegang handphone. handphone aku plak sentiase berbunyi, ade panggilan dari abg2 aku, abg angkat aku, kawan2 aku, maklumlah hari pertama masuk kolej and pertama kali uruskan sendiri untuk masuk kolej. dah lah aku tak kenal siape2 kat situ, so okay lah aku teruskan belajar berdikari dari situ, huhuhuhu. sambil aku tengah tunggu giliran, aku on call dengan kwan aku, tak lame lepas tu ade sorang minah ni duduk sebelah aku, aku tak pandang die, aku just tau yang ade perempuan duduk sebelah aku, so takpelah, aku teruskan bergayut. time tu memang aku clumsy sgt, pen jatuh lah, kertas jatuh lah. so aku buat tak tau je lah kan, muke aku suci je ah, sentiase senyum, hahak. motifnye sekarang yang aku nak sampaikan, aku busy dengan hanndphone sepanjang aku nak daftar tu. abes citer kat kolej.

settled hal kat kolej, masuk rumah sewa plak. kenape semester 1 dah duduk rumah sewa? ha, sebabnye, kolej komuniti takde asrama/hostel.. so, sambung balik, aku tak sangka plak yang aku satu rumah dengan minah yang duduk sebelah aku tadi tu, dapat tau pon mase aku borak2 dengan die kat tempat daftar tu, and kitorang satu bilik, tido sebelah2. hehehe. kat rumah pon same gak, tangan aku asek pegang handphone je, al-maklumlah mase tu aku ade bf lagi (la ni single daaaahh). malam tu mase kitorang tengah nak suai kenal dengan budak2 rumah, minah yang duduk sebelah aku mase daftar tadi tu ckp, "dari kat kolej lagi aku tengok handphone ko tak berhenti berbunyi, ingatkan kat rumah dah habis dah, ni ade lagi. busy betol ko ni, ni boleh jadi ADUN banting ni" hahahahaha, SO!! DARI SINI LAH TERCETUSNYA NAME ADUN..!! AND YAYA NI LAH YANG PANGGIL AKU ADUN..!! HAHAK!!

lepas pada tu, bile aku tiap2 hari on call tengah malam, mesti yaya or fee akan ckp (dalam bilik aku ade 3 org termasuk aku) "ade masalah perparitan kat mane plak ADUN?" hahaha. hampeh..so yang panggil aku ADUN, budak2 rumah aku and ade lah kawan2 sekelas aku yang kadang2 panggil ADUN, tapi yaya memang panggil aku ADUN, jarang sangat die nak panggil aku CUMY. :D

END..~~~~

0 ulasan: