Monday, December 20, 2010

TOURISM AND ADVENTURE..???

hamba Allah : u study lagi ea? ambil course ape?

aku : yup, tourism.

hamba Allah : tourism management?

aku : nop. tourism and adventure

hamba Allah : macam mane tu? tak pernah dengar pon.

ni lah masalah aku bile ade orang tanye aku amek course ape, aku mesti cakap 'tourism' je. aku takkan cakap 'tourism and adventure' , sebabnye tak ramai yang akan faham kenapa 'tourism and adventure'. tourism and adventure atau pelancongan dan pengembaraan ni kalau tak silap aku namanya hanya terdapat di Kolej Komuniti sahaja, akan tetapi tak semua Kolej Komuniti ade jurusan Pelancongan dan Pengembaraan. ade sesetengah Kolej Komuniti yang mempunyai jurusan 'Tour and Travel'.

berbalik pada 'tourism and adventure' atau 'pelancongan dan pengembaraan' itu tadi , modul pembelajarannya terbahagi kepada dua bahagian , satu bahagian pengurusan pelancongan contohnya kemahiran interpersonal , pengenalan pelancongan , operasi agensi pelancongan , pengendalian majlis , interpretasi , pemandu pelancong persiaran , tempahan dan tiketan , dan juga sistem tempahan berkomputer.

pengembaraan pula adalah satu jurusan yang agak mencabar dan memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal. dalam modul ni pelajar akan menjalani camping atau kursus untuk sesuatu modul. contoh modul yang mesti keluar untuk menjalani kursus ataupun camping adalah nature guide (pemandu pelancong alam semulajadi) , asas kejurulatihan rekreasi marin , dan asas kejurulatihan rekreasi darat. setiap kursus ini akan di beri sijil. seperti asas kejurulatihan rekreasi darat ade level setiap kursus yang di sertai. untuk permulaan adalah pra-level kemudian bermulalah level 1 sehingga level 4 , kalau tak silap aku lah. aku pon not sure sangat sebab aku tak minat adventure ni. korang mesti pernah pergi camping kan , orang yang korang panggil instructor tu lah yang ada level 1 hingga 4. untuk mempunyai level 1 hingga 4 ni bukanlah mudah. makin tinggi level yang kita ambil makin tinggi tahap kekuatan mental dan fizikal yang di perlukan. ianya tersangat2 lah mencabar. kalau korang punya camping biase2 je , instructor2 ni dulu mase nak amek kursus untuk level2 ni lagi teruk , lagi mencabar. bukannya mudah. kalau takde certificate untuk jadi instructor ni kerajaan memang tak benarkan untuk bawa orang masuk hutan , sungai , laut , gunung dan sebagainya. kalau ade yang di antara korang yang nak jadi instructor , boleh lah ambil kursus untuk level2 ni. dalam jurusan pengembaraan ni nanti akan dapat merasai jungle trekking , whitewater rafting , abseiling , rock climbing , wall climbing , berenang , berkayak , memancing , dan banyak lagi. memang penat. semua ni buat mase dalam semester dua. mase aku semester dua memang kulit aku hitam , comot sebab banyak buat aktiviti luar , tengah2 panas.

so skang korang dah paham kan perbezaan tourism and adventure atau pelancongan dan pengembaraan ni , sebenarnya banyak yang dikaitkan dengan pelancongan dalam dunia ni. kalau korang study atau kerja di luar daripada negeri , negara atau daerah korang pon di namakan pelancongan. pelancongan sambil belajar , atau pelancongan sambil kerja. korang pergi shopping complex pon di namakan pelancongan jugak , mesti korang pelik kan. tapi inilah hakikat yang sebenarnya . ;D

0 ulasan: