Monday, December 20, 2010

LELAKI BERUSIA VS PEREMPUAN MUDA DAN PEREMPUAN BERUSIA VS LELAKI MUDA?

ape ni cik cumy oooiii tetibe buat entry macam ni, ade pengalaman ke? hahaha. nak kate ade pengalaman tu memang lah ade, tingat plak mase aku keluar makan dengan kawan aku, memang umur die jauh lebih tua dari aku, beza 14 tahun, ambek kau. kitorang pergi makan kat area bangi (time tu aku stay kat bangi), semua orang kat kedai pandang kitorang lain macam, muke aku confirm dah merah padam. kalau aku nampak lelaki berumur dengan perempuan muda aku terus cop sugar daddy. harap2 dorang tak cop aku camtuh. hahaha. cume sekarang ni kite nak tahu sebab musabab kenapa, mengapa dan bagaimana? ha. dah macam perbincangan semanis kurma.

lelaki berusia VS perempuan muda :

ape yang lelaki berusia mahukan dari perempuan muda? errkkk mungkin bagi mereka perempuan muda ni 'fresh' , baru keluar dari ladang, hahaha. sengal aku nih. kemungkinan besar ni lah sebabnye, korang jangan gelak2 plak. pengalaman aku ni.

perempuan muda plak kenapa mahukan lelaki berusia ni? tak terpikir ke nanti nampak macam sugar daddy ke, bapak dengan anak ke, tak pun macam abang dengan adik. perempuan muda pilih lelaki berusia mungkin kerana lelaki berusia ni lebih matang dan lebih berfikiran terbuka. tapi kan ade jugak lelaki berusia yang berfikiran macam budak2. ermm2... macam mane ni?

perempuan berusia VS lelaki muda :

ape yang perempuan berusia mahukan dari lelaki muda? matang sangat ke lelaki muda ni? kenapa tak pilih yang sebaya atau yang lebih tua je, kan senang. tak terpikir ke nanti kene tanggung lelaki muda tu? ermm2. atau nak kan lelaki muda sebab lelaki muda ni lebih kacak, lebih bergaya atau lebih 'fresh'! ahakz!! sengal aku ni. korang jangan nak sengih2 plak ea, tak mustahil pon ape yang aku pikir ni.

lelaki muda plak kenapa pilih perempuan berusia? mungkin mereka mahukan perempuan yang matang dalam perhubungan, yang tak mengada2 macam perempuan muda ni (tapi aku penah dengar orang ckp perempuan berusia ni lebih manje). atau pilih perempuan berusia kerana harta. mane lah tau perempuan yang die pilih tu ade jawatan besar. tapi pada pendapat aku, tak semestinye lelaki muda yang pilih wanita berusia ni sebab harta semata2, mungkin ade sebab mereka tersendiri, ape sebabnye aku tak tahulah sebab aku bukan lelaki.

dan tak mustahil jika semua ini berlaku juga kerana cinta.. 'cinta itu buta'.

p/s: bincangkan and bagi pendapat sket tentang hal ni, mane lah tau korang tengah alaminya ke....

3 ulasan:

L said...

L muder ag... huhuhu xder pengalaman... maklumlah,, c pemalu yg tegar! hahaha

Cik Mulat said...

entry yg santai...nyway lau dah jdoh..semua leh jadi kan..

p/s : jmput ke blog sy..n tingglkan link kamu utk di masukkan di link list..

cikcumy said...

L : hahhahaa pemalu la sgt, ahakz!!

cik mulat : emm tu lah kan, lau dah jdoh smue leyh jd, emm ok... :D